Thursday, July 30, 2009

hirup udara

jangan kau lupa, kekuatan itu datang dari Allah, dengan para malaikat membisikan semangat untuk terus mara ke hadapan, kesedihan yang mengusik itu tidak lebih daripada ujian, dan kau sepatutnya sedar, kelemahan itu diburukan lagi dengan godaan syaitan, dunia ini sememangnya indah, kerna walaupun jelas sekali keagungan ciptaannya, tetap tersimpan beribu rahsia

Friday, July 24, 2009

belajar untuk beramah

Suatu ketika tidak lama dahulu, aku suka mencengkam diri dengan persoalan yang aku tidak pernah berkesempatan untuk melihat siang.. sebaik tiba pulang di rumah. Kepulangan aku sentiasa lewat dengan semua burung-burung di alam ini dah lepak kat sarang masing-masing. Aku protes dalam diam namun akhirnya, tuhan mungkin dengar dan sekarang ini aku dah dapat apa yang aku nak. Cuma timbul masalah baru, Aku dari pejabat kosong, hanya untuk pulang ke rumah yang kosong. Kecamuk juga bila fikirkannya.

Mudah untuk dikatakan yang aku kini bagai tercampak di sebuah pulau tanpa hidupan. Aku bukan nak cakap yang Muar ini takde manusia cuma aku dah terbiasa 'terperangkap' dalam suatu bentuk struktur sosial. Sedikit sebanyak aku rindukan juga keriuhan pejabat atau dahulunya, sekolah dan kebosanan di muka orang yang mudah aku nak cakapkan adalah 'manusia dalam lingkungan hidupan'. kini, aku operasikan pejabat seorang diri dan tambah sayu, rumah juga sunyi sepi tanpa manusia kecuali aku.

Buat lagi payah, menjadi aku bermaksud menjadi seorang yang tidak begitu peramah. Yup, itu kebenarannya. Cuma aku ada satu kelebihan kecil, aku pandai bersembunyi dalam masyarakat disamping membuktikan aku masih hidup. Tetapi kalau khalayak itu takde, nak sembunyi apa kejadahnya, di pejabat mengadap dinding, di rumah mengadap televisyen, Kehidupan sosial, yilekkk.

Akhirnya, aku boleh dikatakan menemui ketenangan abadi, atau boleh disimpulkan juga sebagai kesunyian gila babi. Bila mengenang jiran sebelah aku, teringin juga nak redah rumah diaorang dan geledah peti sejuk yang ada tapi mereka tu bukan muhrim aku, haram hukumnya. Sesekali aku meluangkan masa memukul bulu tangkis tapi setakat itu saja sebab balik tetap makan sorang, sarapan makan sorang.. arghhhhhh, ada aku makan keyboard ni karang.

Begitupun, dalam usia yang melepasi waktu remaja, aku kini sedar betapa aku ketinggalan berbanding mereka yang meniti rumah tangga. Nak kata aku ni jenis gila kerja, terbongkang kebanyakan masa sebenarnya. Entah apalah nasib ini.

Nak katakan aku ni jenis tak pandai berkawan, buruk benor bunyinya, cuma aku dah terbiasa dengan konsep tidak mahu ganggu orang melainkan berada dalam situasi yang sama. Aku kenang kengkawan aku, cuma dalam pikiran ini, mungkin diaorang sibuk dalam urusan masing-masing atau bini dan anak masing-masing. Aku faham dan sesekali aku bertanya gak khabar mereka. Tentang perkara aku ini, entah lar, bisik hati kecil yang merungut tat kala kebosanan nak mampus kot.

Tetapi, tetapi, jangan mengeluh. mungkin ada rahmat di sebalik semua ini, misalannya aku sudah empat musim menang piala liga dalam playstation, lambakan dvd di rumah aku semakin menggalakan, sama menggalakan dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, dan berbalik kepada rahmat yang atas tadi, ketenangan gila babi. Kengkadang aku pun hairan, kenapa kita perlu hidup bermasyarakat, adakah kita benar-benar saling memerlukan? Aku penat berfikir, tak pernah fikir pun, tapi nak tak nak, ini hidup, jawapan paling mudah untuk semua masalah

Monday, June 22, 2009

perjalanan menerobos kekosongan

Dan ia membuat aku terfikir lagi dan lagi, sampai bila begini? Aku berterusan bangun untuk menyaksi matahari di kepala, suratkhabar dah jadi terlalu banyak untuk dibaca dan aku tak habis-habis mengeluh setiap kali mendapat tugasan baru. Masa terasa suntuk dan aku terasa ditinggalkan jauh sekali. Apa agaknya arwah ayah aku tengah buat pada usia aku ini? oh, dia tengah sibuk bekerja untuk keluarga dan berjimat duit bagi masa depannya.

Dilema aku ini sebenarnya boleh dikatakan kecil. Aku mengambil hidup terlalu mudah. Disebabkan kealpaan itu, harta intelektual yang aku anggap terlalu berharga kini makin pudar dan berkarat. Semangat berkobar-kobar aku yang dahulu, dah lama rentung. Aku memandang takut pada cita-cita yang pernah ditanam dan imaginasi yang selama ini menjadi tempat perlindungan, tak lebih daripada mimpi berlanjutan yang buat aku lambat bangun pagi.

Setiap insan berjaya yang aku kenal punya matlamat mereka tersendiri. Dengan gigih mereka bekerja dan berusaha. Dengan kaca mata yang sentiasa cuba memandang baik pada setiap orang, aku menyimpan kekaguman itu dan harapan aku juga dapat jadi seperti mereka. Aku tak fikir aku boleh jadi kaya tapi kalau aku gigih berusaha dan sibukan masa, mungkin aku boleh hasilkan sesuatu yang bukan dikatakan sampah. Aku fikir aku boleh!

ekkkkkkkkk, (buzzer berbunyi) aku buka mata dan melihat kawasan yang terlalu kering dan lapang. Satu per satu kertas kosong turun seperti hujan dan menimbun aku tenggelam. Mudah bukan untuk mengeluh, buat seperti semuanya akan berlalu namun ianya tidak akan berlaku, selagi kaki ini tidak melangkah, dan dikutip serta disusun semuanya.

Entahlar, mungkin aku tak cukup kasih sayang, ataupun aku ini jenis manusia yang kedekut untuk memberi kasih sayang. Aku berharap sangat kekusutan ini tidak menjadi masalah sehingga ke masa hadapan. Aneh sekali, aku kini merasakan aku sudah terperangkap di dalam masa hadapan.

Sunday, June 07, 2009

the meeting


A good old friend taste really sweet. And it's also fell kinda a wake up call for the things i've been doin in my life. The truth is, I do fell wasted. Chasing around here and there, but what i'm really up to? Damn, those are the good old days, Maybe you would gonna told me that tomorow never come, but hell with it, here i'm coming, for the good, bad or ugly.

Wednesday, April 29, 2009

joyeux anniversaire cher


*i've been listening to 'Crash Into Me' by Dave Matthews time and time again, maybe this is the mental image of it, crasSSSSsssHHHhhhhh.....

Sunday, March 08, 2009

bicara lampu kalimantang

Satu perkara tentang sendiri adalah semuanya sentiasa terkawal. Katakan soal rajin, ia terkawal, soal malas, ia juga terkawal, tentang soal bodoh pun, ia tetap terangkum dalam terkawal. Tetapi bila jumlah insan itu melebihi satu seperti dua atau tiga atau infiniti, adakah situasinya masih terkawal? Ruang lingkup itu mengembang, bukan? Kebarangkalian yang terhasil boleh memilih pelbagai jalur kerana pendapat-pendapat yang berbeza.

Kelebihan sendiri adalah keputusannya sentiasa mutlak. Masalah bila terlalu selalu sendiri, adakah keputusan itu benar-benar mutlak? Luar dari lingkup diri ini dapat dirasakan arus-arus yang berbeza menolak dan menarik. Sarat di dalam kejar mengejar ini adalah keindahan disamping kekusutannya. Namun, menjadi sebahagian daripada sesuatu, bukankah lebih bermakna dari duduk di satu sudut keseorangan. Malah untuk bilangan dua sahaja, sudah cukup untuk membina satu dunia yang cukup besar. Ia memang tampak tidak terkawal, ia adalah pengembaraan.

Thursday, March 05, 2009

Mod Min (bahagian dua)

Amin tiada ruang untuk berundur. Biarpun, seinci demi seinci dia mengesot kebelakang, dia kemudiannnya akan hanya mencium muka bumi lapan tingkat bawah. Mata merah masih merenung tembus ke dalam dirinya.

''Kenapa engkau masih tidak mahu melakukannya? engkau melengahkannya,'' lembaga itu menyoal.

''Aku masih tidak mempunyai jawapan,''

''Apa yang engkau perlu lakukan adalah menghampirinya, sebagaimana aku menghampiri engkau,''

''Tapi engkau bukan jawapan''

''Aku tahu,''

Si mata merah kini terlalu hampir. Deru nafasnya telah menyentuh Amin. Tiada ruang lagi untuk ke depan dan Amin nekad. Dia memejamkan mata lalu mendapangkan tangannya. Tubuhnya yang lemah itu jatuh terkulai. Sebagaimana daun yang gugur dari pohon, Amin melayang ke bawah. Angin yang merintangi membuat Amin terasa bebas. Mungkin ini perasaan burung yang dapat bebas dari sangkar. Namun itu hanya untuk seketika kerana tubuh itu tidak bersayap dan hentaman ke bumi mengakhirinya.

Mata Amin terbuka dan dia bingkas bangun penuh terkejut. Dia merasai tapak permukaan dan meramasnya 'ini bukan tanah, ini katil'. Amin telah kembali ke bilik tidurnya. Dia tidak tahu bagaimana ia terjadi atau apa yang sedang terjadi namun apa yang dia tahu, kepada kehidupan yang sedia kosong, dia telah kembali.

Tiada penjelasan juga dapat diberikan kenapa dia lengkap berpakaian tidur, cuma ingatan ngeri itu belum dapat dilupakan, dua biji mata merah yang menghantui. Kedengaran di luar bunyi motosikal berderu dan suratkhabar dicampakkan di hadapan rumahnya. Amin bangun dari katil dan keluar untuk melihat. Langit gelap beransur-ansur menjadi terang. Indah fajar itu bagaimanapun, tidak dapat mencuri tumpuannya.

Amin mendapatkan suratkhar itu untuk mendapati sesuatu yang mengacau fikirannya. Berita utama itu bukan mengenainya, ia berkisar dari pertelagahan politik antara parti pembangkang dan parti pemerintah. Kisah-kisah retorik dan idealisme perebutan kuasa yang kian memeningkan. namun bukan itu soalnya dalam benak fikirannya. Persoalan yang menghantuinya ialah kenapa tajuk utama dari ketua pembangkang kepada perdana menteri itu bertulis 'AKU MASIH BELUM MELEPASKAN ENGKAU'.

Secawan kopi dituangkan dari jag. Amin duduk termenung di meja makan rumahnya. Gangguan yang muncul kian lama kian teruk. Dia tidak dapat membezakan antara realiti dan alam khayalan. Setelah diperiksa pada tarikh, memang satu hari telah berlalu tapi bagaimana untuk menjelaskan yang dia kini berada di rumahnya. 'aku tidak dapat bertangguh lagi,' kata Amin dalam hati dengan penuh sugul sambil merenung kotak bijiran jagung di hadapannya.

Laluan jalan raya menuju ke pejabat telah menjadi begitu sesak. Kereta yang dipandu Amin menjadi salah satu yang tersangkut dalam deretan berbelas-belas kilometer. Dia cuba merenung jauh ke hadapannya. Dilihatnya, orang ramai yang jumlahnya beratus-ratus orang berarak merentasi jalan itu. Mereka menjerit dengan kata-kata maki terhadap kerajaan. Sepanduk-sepanduk dijulang malah ada juga yang juga membawa jamung api di waktu siang tengah hari.
Keadaan menjadi kecoh apabila sebuah trak polis yang lengkap dengan pemancut air tiba diiringi barisan-barisan polis simpanan persekutuan. Sebaik sahaja air dipancut, bergelimpangan orang berlari namun masih ada juga wira-wira yang menunjukan kehebatan menahan tekanan air. Itu pun, cuma untuk sementara kerana mereka kemudian terpelanting jatuh dah jamung di bawa pun terpadam. Amin menghantuk-hantuk kepala ke stereng, tertekan kerana tidak dapat ke pejabatnya lagi.

Sebaik sahaja tiba di pejabat, Amin dengan kelam-kabut menyelongkar mejanya. Timbunan-timbunan fail yang tersusun kemas sebelumnya, bertaburan ke lantai. Semua rakan pejabatnya agak terkejut tapi tiada seorang yang membuka mulut kerana Amin telah memberi 'pandangan'. Setelah berhelai-helai dokumen berterbangan, Amin menjumpai apa yang dicarinya. Ia merupakan sebuah poskad yang mempunyai gambar padang pasir. Tiada apa yang tertulis melainkan alamat rumah Amin dan poskad itu disematkan ke poket hadapan bajunya.

Suasana di kafeteria itu lengang melainkan Amin seorang yang duduk di sebuah meja. Makcik kafeteria tersebut telah berkali-kali mengintai dengan penuh hairan, kenapa pemuda itu duduk berjam-jam dengan hanya kopi o ais secawan. Dia juga pelik kepada apa yang ditenung pemuda itu pada poskad yang dipegang. Namun makcik itu kembali membuat bodoh dan mencuci periuk nasi yang tadi dipegangnya. Anak muda sekarang terlalu sensitif tidak mahu diganggu.

Amin tidak dapat bersendirian lama kerana seorang gadis tampil duduk di hadapannya. Gadis yang berambut ikal hitam sedikit keperangan itu terus sahaja duduk tanpa minta dipelawa. Dia mengetuk-ngetuk meja dengan jari, seolah-olah meminta pintu dibuka. Begitupun, muka Amin terlalu toya, lebih teruk dari cuka.

''Saya dengar banyak tentang awak, mahu bercerita?.''

Amin tidak menjawab persoalan itu. Dia hanya memusing-musingkan poskadnya. Perbuatan itu nyata agak menjengkel bagi yang bernama Sarah ini. Mungkin kerana terlalu rimas, dia mengeluarkan getah kecil untuk mengikat rambutnya yang panjang itu.

''Amin, sepanjang enam bulan saya kenal awak dekat sini, saya tidak pernah dengar tentang perkara-perkara tak elok tentang awak, tapi tentang lampu pejabat tidak tertutup semalam dan tiba-tiba hari ini awak selerakkan pejabat dan dengan awak termenung seorang diri dekat sini sekarang ini. Saya sebolehnya tidak mahu masuk campur juga tapi kalau bukan sebab Encik Farouk yang suruh,'' kata Sarah.

''Saya minta maaf,'' ringkas jawab Amin tanpa matanya merenung Sarah.

''Awak tak perlu minta maaf pada saya tapi kalau awak ada masalah yang awak rasa nak kongsi, saya sedia mendengarnya,'' tanya Sarah dengan penuh pengharapan.

''Pernah tak awak rasa seperti tidak hidup dalam dunia awak sebenarnya,''

Mata Sarah terus laju merenung ke siling. Terlalu berat persoalan yang diberikan itu. Adakah itu pertanyaan-pertanyaan yang sering dikeutarakan lelaki-lelaki yang menghadapi krisis pertengahan usia, namun Amin masih terlalu muda dan bujang untuk masalah itu. Dia masih ingat bagaimana sopannya Amin ketika mula-mula memasuki jabatan mereka bekerja. Dia mengetahui Amin berasal dari utara tetapi tidak banyak latar belakang mengenai lelaki itu yang dia tahu.

Kehidupan di luar pun tidak diketahuinya kerana Amin sentiasa bersendiri. Bagaikan satu misteri, pekerja itu tiba-tiba hadir dan memulakan tugas di Putrajaya. Sarah pernah juga bergosip dengan rakan-rakannya tapi tidak banyak diketahui mengenai Amin yang masuk kerja paling awal dan balik paling lewat.

Untuk mengetahui siapa sebenarnya Amin adalah untuk mengetahui bagaimana rajin dan konsisten lelaki itu bekerja. Itu sahaja dan Amin sentiasa juga mendapat pujian majikannya. Dan kini persoalan seperti ini timbul, adakah Amin sedang menuju masalah keremukan jiwa?

''Awak ada masalah dalam perhubungan ker?''

''Perhubungan???''

''Perhubungan dengan teman wanita ker,''

''Tak, ia bukan soal itu, (Amin tiba-tiba diam dengan rasa kekok yang agak lama) tidak mengapa Sarah, lain kali sahaja kita cerita, sekejap lagi saya masuk pejabat,''

''Okay, kita semua cuma risau tentang engkau,'' jawab Sarah sambil bangun dari kerusinya. Dia membetulkan kot yang dipakai di luar blausnya. Wanita itu memang tampak cantik dan berkeyakinan. Amin cuma memberi jawapan dengan senyuman pahit dan wanita itu pun berlalu pergi. Semakin jauh Sarah pergi namun pandangan tidak dapat dilepaskan.

''Hmmm... memang wanita yang menarik,'' Amin agak tergamam. Di tempat khalayak ramai, lembaga mata merah muncul dan duduk di kerusi yang disinggahi Sarah sebentar tadi. Amin menggengam poskad untuk menahan rasa getar yang kini terlalu pantas. Dia terasa terlalu takut tapi kini dia sudah punya jawapannya.

''Engkau datang lagi... Penjaga Masa,''.

-bersambung

Wednesday, February 25, 2009

Grace is Gone



by Dave Matthews


Neon shines through smoky eyes tonight,
Its 2 am, Im drunk again,
Its heavy on my mind, its heavy on my mind.

I could never love again,
So much as I love you.
Where you end, where I begin,
Is like a river going through.

Take my heart, take my eyes,
Cause Ill need them no more.
If never again theyll fall upon,
The one I so adore.

Excuse me please, one more drink.
Could you make it strong,
Cause I don't need to think.
She broke my heart,
My grace is gone.
Another drink and Ill move on.

One drink to remember,
And another to forget.
How could I ever dream to find a love like this again?
One drink to remember, another to forget...

Excuse me please, one more drink.
Would you make it strong,
Cause I dont need to think.
She broke my heart,
My grace is gone.
Another drink and Ill move on.
One more drink and Ill move on.

You think of things impossible,
Then the sun refuse to shine.
I woke with you beside me,
Your cold hand lay in mine.

Excuse me please, one more drink.
Could you make it strong,
Cause I dont need to think.
She broke my heart,
My grace is gone.
Another drink and Ill go...

Excuse me please, one more drink.
Could you make it strong,
Cause I dont need to think.
She broke my heart, my grace is gone.
Another drink and Ill move on,
One more drink and Ill move on.
One more drink my grace is gone.

Sunday, February 22, 2009

Mod Min

Ayam berkokok lagi dan lagi. Amin membuka pintu almarinya, tertera adalah beberapa helai baju dan kot bersangkut. Tiada warna lain, yang ada cuma putih dan hitam. Itu sahaja. Amin mengambil helai yang paling kanan dan memakainya. Dia menyisir rambut di hadapan cermin dengan minyak penuh di tapak tangannya. Tie hitam tirus dipakai dan dikemaskannya. Pipinya disapu untuk memeriksa semua jambang licin dicukur. Lalu dia duduk ke katil dan menundukkan kepalanya di bawah seketika. Bagaimana rupanya untuk hari ini, fikir Amin.

Bunyi jam berdetik, sesaat demi sesaat. Ia tidak kedengaran pada telinga Amin namun ia bergerak demi waktu yang tidak berhenti. Amin mengambil beg bimbitnya yang terletak di sebalik almari. Langsir di biliknya itu ditutup dan tidak masuk pun sebarang cahaya. Pintu rumah berbandung yang dimiliki Amin dikunci dan lelaki kurus itu memasuki ke dalam keretanya. Bunyi jam itu masih tidak berhenti berbunyi. Sebagaimana takdir, ia telah ditentukan. Wayar-wayar biru dan merah berselirat pada jantung jam itu. Ia telah ditetapkan untuk detik yang telah dijanjikan. Di dalam kereta, Amin memasukan kunci kereta dalam suisnya. Dia melihat mukanya di dalam cermin belakang kereta. Waktu bila uban-uban itu timbul pada rambutnya. Dia mengambil nafas yang panjang. Sebelum kunci itu diputarkan, hatinya berbisik, 'hari yang baik untuk mati'.

Ia bingit! sebaik sahaja enjin kereta itu dihidupkan, sebuah jam loceng berbunyi di dalam biliknya. Amin agak terkejut dengan bunyi bising itu. Dia terpaksa keluar dari keretanya, membuka kasutnya, membuka kunci pintu rumah, memadamkan kunci loceng yang berdering bising, memakaikan kembali kasutnya, mengunci kembali kunci rumah dan masuk dalam kereta. Amin berasa terlalu leceh. Dan dia masih belum bergerak untuk ke pejabatnya.

Kenapa kereta-kereta di jalan raya ini biadap, adakah mereka juga terkejar-kejar. Takut semata-mata majikan memarahi, gusar anak-anak dikenakan tindakan displin kerana lewat atau bimbang janji yang tidak dipenuhi. Amin meluncur keretanya sederhana laju. Dia mempunyai mesyuarat yang perlu dihadiri dalam pukul 11 pagi. Hadirnya nanti bukan rakan sekerja biasanya, ia akan turut diikuti pengurus-pengurus cawangan dari seluruh daerah. Menunggu di hadapan lampu isyarat yang masih merah, Amin mengenangkan diri si dia. Indahnya adalah sebagaimana cahaya pagi yang menerangi hari. Dan cantiknya berseri lagi seperti matahari yang melapangkan siang. Dan lamunan itu terhenti kerana lampu sudah bertukar hijau. Keretanya terus sambung meluncur.

Bunyi jam itu tetap mengikuti. Seolah-olah ada yang mengekori, cuma Amin sahaja tidak menyedari. Suasana bilik itu bising. Semua yang hadir mempunyai rasa tidak puas hati. Kelemahan pengurusan menjadi topik utama sehingga semua orang saling menuding jari. Amin menyaksikannya dengan mata kuyu. Dia tidak perlu masuk campur. Untuk menyokong rakan di kiri, dia hanya akan dibenci rakan di kanannya. Begitu juga untuk menambah hujah rakan dihadapannya itu, perbuatan sia-sia yang hanya merancak ego lagi lelaki gemuk itu. Kebisingan itu bagaimanapun terhenti setelah suara orang tua itu keluar. Semua mata tertumpu kepada Amin. Amin tidak dapat mengelak lagi. 'Sejujurnya, saya ingin bertanya, di mana kita mahu pergi dari sini?,''.

Amin keluar dari bilik untuk mendapatkan secawan kopi. Ada sebuah tingkap besar di koridor bangunan itu dan Amin mengintai melihat di luarnya. Bunyi riuh di sebuah rumah pra sekolah itu menarik rasa ingin tahunya. Alangkah comel kanak-kanak itu. Saling berlari untuk menentukan siapa yang sampai di rumah dahulu. Dia dapat melihat ada seorang yang tercungap-cungap kerana nafas tidak mencukupi. Tapi kanak-kanak itu tidak keseorangan, ada seseorang yang masih menunggunya. Dan mereka berdua berjalan bersama. Amin melihat ke dalam bilik mesyuarat yang masih sesak. Kita semua akan dewasa, katanya.

Mesyuarat itu tidak mencapai sebarang keputusan. Ia tertangguh sebagaimana keadaan-keadaan dahulu. Amin kembali ke mejanya yang bertimbun dengan fail-fail serta dokumen kerja. Dia membelek satu per satu dan menyusunnya. Jarum jam itu tetap bergerak. Sekali pandang, seolah-olah jam itu mencair. Ia melengkung ke bawah. Amin bangun dari mejanya dan menuju ke bahagian Pusat maklumat. Setelah mengadakan perbincangan dengan kakitangan di sana, Amin kembali ke mejanya dengan membawa fail-fail yang bertimbun tinggi. Dia meletup-letupkan jarinya dengan sekali tekan, kata hatinya, mari mula bekerja.

Amin tetap duduk di mejanya hingga dia menjadi orang terakhir di pejabat. Dia mahu menyelesaikan kerja-kerja yang tertanguh. Seorang pengawal keselamatan masuk ke dalam bangunan dan menyapanya. Amin tersenyum dan memberitahu dia akan lebih lewat dari biasa.

Dan dia pun ditinggalkan kembali keseorangan. Detik demi detik merentasi ruang. Pada waktu sunyi itu, Amin bagaikan dapat mendengar sesuatu. Bunyi itu seperti tidak mahu berhenti. Dia mendongak ke siling, memeriksa di bawah meja tapi masih tidak dapat dijumpa sumber bunyi itu. Seluruh bangunan itu dikelilingnya namun masih tidak berjumpa. Dia akhirnya memanjat ke tingkat bangunan atas dan merenung ke bintang-bintang di langit.

''Engkau adalah janji yang dituntut,'' satu suara memecah suasana. Amin berpaling dan dia tahu apa yang dihadapinya.

''Aku perlukan lagi masa,'' kata Amin.

''Engkau terlalu selesa, Engkau tahu bukan, Engkau perlu melunaskannya,'' suatu lembaga hitam semakin menghampiri Amin. Matanya menjegil merah dan ia melangkah perlahan dan perlahan, semakin hampir.

---bersambung----

Monday, February 16, 2009

Berbasikal Ke Artik

Ketika ditanya kepada lelaki yang pertama sekali sampai di puncak gunung everest, kenapa panjat gunung itu, dijawabnya kerana ia ada di situ. Ketika ditanya kepada seorang pembina pencakar langit, kenapa bina bangunan tinggi-tinggi sedangkan banyak lagi tanah yang ada, dijawabnya kerana ia boleh dibina. Ketika aku ditanya apa yang aku nak buat hidup ini, mahukah kamu mendengar jawapannya.

Berdasarkan surat aku janji yang ditandatangani aku dengan arwah ayah aku, sepatutnya aku menjadi peguam, takpun seorang usahawan agaknya. Aku tidak fikir banyak sangat tentang perkara itu sebab aku masih di sekolah rendah lagi, tapi dokumen itu masih ada lagi hingga sekarang. tapi masa berlalu dan profesion itu bukan dalam tangan aku. Aku tidaklah membesar hancur sangat sebab kad nama pekerjaan aku tersimpan dalam dompet arwah ayah aku. Sedikit sebanyak aku terharu. Tapi ada seorang kawan aku memberitahu, dia berasa gembira dengan kerjanya kerana kerjanya itu adalah hobi. Mutlakkah kata-kata itu?

Dan aku pun cuba mengambil masa untuk berfikir. Dalam bilik yang bersawang, aku (dengan fikiran sempitnya) cuba untuk statik dan memberhentikan masa. Aku perlukan tempoh pegun bagi memastikan kata-kata itu. Tapi aku tersilap, tidak pernah ada waktunya kita tidak bergerak dan masa itu terhenti. Katakanlah, bumi ini satu kenderaan, bukankah ia bergerak dalam orbit untuk mengelilingi matahari. Jadi aku atau kita sebenarnya tidak berhenti. Ruang dan waktu adalah sentiasa bergerak, dan aku berasa cemas kerana agak ketinggalan.

Untuk apa agaknya hidup ini? aku boleh buat orang tertawa tapi aku tahu, tidak semuanya. Arghh.. aku mengelak jawapan kepada persoalan itu. Semakin lama terasa juga diri terkurung dalam tembok atau kubu yang dibina sendiri. Melihat kehidupan orang lain, bagaimana agaknya mereka melaluinya. dan mereka jalani dengan tabah dan riang terpercik pada muka mereka.

Aku rasa agak bosan kebelakangan ini. Dulu masa kat Johor Bahru, aku cuba gak memasak walaupun tidak berbakat. Tapi kat sekarang ini, dapur aku takder dan harta yang aku miliki adalah sebuah jag elektrik. Masak maggi lah jawabnya. Dan begitulah hidup itu dilalui, seperti mee segera yang hanya dicurah air panas semata-mata. Tak mengenyangkan tapi tetap boleh dimakan. Terasa macam sia-sia pun ada.

Katakan, bila aku melangkah masuk ke rumah orang yang hiasannya indah, lengkap dengan falsafah dan citarasanya, aku dapat merasakan betapa berbangganya peribadi tuan punya rumah itu. Kepuasannya dapat dicurahkan dan memang tidak dapat disanggah, rumahnya cantik sekali. Itu apa yang aku fikir dan itu juga yang aku harapkan. Kepuasan untuk meluahkannya.

Serta kebahagian untuk berkongsi. Bersendirian membuat laman yang kosong ini menyempitkan. Cukuplah berada di pejabat ini dan aku hanya mampu bersembang dengan meja, kerusi, dinding serta mesin faks. Berada di gerai tepi jalan sudah cukup menggembirakan bila dapat saling bertukar pandangan. Begitu juga duduk di sebuah pangkin hanya untuk menunggu berbual dengan si dia. Indah sebenarnya bila ada orang di keliling kita.

Jadi untuk apa hidup ini aku isi? aku sebenarnya menulis. Aku membaca dan menulis. Tangan aku terlalu kaku untuk kerja-kerja lain jadi lebih baik aku tetapkan kepada menulis dan menaip sahaja. Memang kerja aku sekarang adalah menulis tapi aku dapat merasakan ada saraf-saraf otak ini yang bergetar mahu mengeluarkan sesuatu yang lain. Aku mahu berfikir dan berperibadi sebagaimana arwah Arenawati dan arwah Pak Samad Ismail yang amat aku kagumi. Ingin menjadi insan yang baik walaupun sinis dengan senyuman untuk semua.

Thursday, January 29, 2009

katakan tidak pada MALAS

Keadaan berjalan lancar, biarpun tergendala sedikit di sini sana. Cuma aku perlu marah diri aku untuk mengemas rumah serta mencuci kereta. Bilik perpustakaan belum disusun lagi tapi aku dah beli dekat 10 buah buku di Muar. Memang lain riak muka budak yang jual buku ari tu, dia macam tidak percaya banyak gila buku aku beli. Dan sebenarnya, aku harap dia tidak tertipu, aku pun macam tak percaya banyak mana masa aku ada untuk membaca.

Baru-baru ini, aku ada gak melepak ngan bandmate aku, kumpulan muzik Kiku. Di atas perbincangan yang diadakan, penukaran nama band telah dipersetujui iaitu kepada F.k.a.K. Sesuai dengan nafas baru yang diambil, FkaK diharap dapat mendapat tempatnya nanti. Aku pun kengkadang heran juga tentang apa yang aku punya group supreme leader harapkan, nak jadi rockstar tetapi pada masa yang sama nak kekalkan juga kehidupan kita sebagaimana manusia yang ringkas. ironi bukan.

Begitupun, aku merancang untuk belajar lebih lanjut bagaimana untuk menulis lirik yang lebih berkesan. Dalam tahap sekarang ni, aku tak tercapai permainan perkataan yang aku punya group supreme leader dah praktikkan. Memang gila punya tinggi. Kalau aku ini baru sekolah rendah, dia aku rasa PhD kot. Cubalah dengar betul-betul lirik lagu 'jauh sedikit' yang dia buat ataupun lagu 'Pudar' (aku tak rasa lagu tu diupload lagi). Memang terasa diri ini kecil sangat. Entah, kadang-kadang mungkin aku takut, apa yang aku tulis itu seolah-olah memakan diri aku dan kemudiannya hanya memerangkap. Jujur adalah kunci untuk penulisan yang baik tapi sejauh mana kita dapat mengelak daripada kebenaran.

Buat masa ini, aku agak mengkhususkan siang waktu hari kepada kerja yang dilakukan. Mungkin dalam bulan dua nanti aku dapat lari balik kampung. Entah apa khabarnya emak, opah dan adik dekat kampung. Kadang-kadang, terfikir juga macam nak berhenti kerja lepas tu duduk kat kampung dan mungkin buat apa-apa yang patut. TETAPI, aku tidak tahu apa-apa yang patut tu, mulut aku tak cukup manis untuk berniaga dan tangan aku tak cukup cekap untuk bertukang. Dengan keadaan ekonomi yang memang menuju ke arah kemelesetan, adakah rezeki yang tetap itu berada di sana. Banyak kengkawan aku yang berada di kampung, rata-ratanya stabil sebab diaorang dapat kerja tetap, ada jadi cikgu, ada jadi engineer, ada yang ada business sendiri tetapi untuk jadi penulis, peluang rezeki itu aku tidak nampak terbuka.

Biasa lerrr, kestabilan hidup membawa seterusnya kepada gerbang perkahwinan. Banyak betul kawan-kawan aku yang menikah pada waktu kini. Yang dapat anak pun banyak gak. Memang aku tumpang gembira, terasa sayu pun ada gak, entah bila fasa-fasa itu akan aku tempuh. Nak kata, aku ni terlalu obses mengejar kekayaan dunia, tidak juga. (rasanya tak perlu buka topik akhirat sebab aku sedia maklum, aku sedia hancur). Balik rumah, buka peti televisyen sejam dua, masak maggi sebungkus dua dan lepas tu, tidur. Rumah pulak dah bersawang, macam tidak ada kehidupan pulak rasanya. Hanya bila aku menyalakan api rokok, baru aku rasa betapa pedihnya realiti. Sebab waktu seperti itu, akan terngiang kata-kata emak aku 'bila nak berhenti, bila nak kahwin, kenapa tak pegi klinik lagi, rumah dah kemas belum'. Tapi emak aku cool, aku sahaja yang terlalu lambat nak betul-betul berubah.

Aku tidak terkejut bila kemalasan ataupun 'sloth' adalah antara dosa-dosa besar yang seringkali diperkatakan. Aku hidup dalamnya dan aku adalah sebahagian daripadanya. Dan yang buat gampangnya, bila aku cuba untuk menjadi rajin, aku seperti menipu diri ini pulak 'doaima, ini bukan engkau, kembalilah kepada kemalasan... muhahaha' Ya, bisikan-bisikan seperti itu ada kedengaran, walaupun aku tanpa sengaja, sebenarnya mendramakan ia. Konflik ini terasa begitu membosankan. Balik rumah nanti aku nak mengemas. Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman.

-chow, dan selamat sejahtera

Friday, January 02, 2009

welcome 2009

I'm used to dine alone, and still, I'm dining alone. Not just dinner, let's make it also lunch and breakfast and supper. Though, at some time, there are friends that called my handphone and say ' let's go out', I'm really glad because i don't really want to eat alone.

I'm still working for this same company. It have taken to so many places that I've never think before. And to my suprised, right now, i'm posted a city by the river. And so, here I am, at new place, at new ground, with so many different faces and new ball to play. I haven't figured out where i am really going. I just went with flow like the wind that breezes.

Have you ever heard a story about a Pepsi truck driver been fired because he was caught drinking Coca-cola while working. I hate that story. It is a form of punishment demanded by a very high competition. As a new guy in town, i do understand that i'm not really welcomed here. Damn, why can't we be friend... because of the competition, off course. I'm about to shift from first gear to second gear, will i still be kept left behind? don't know, i got to kept on going.

I shouldn't treat this blog as a diary, it just sometimes, i do need someone to talk to, and i want to get on with perspectives. you do know what i'm talking. but here i am, locked in an office alone, wondering what are you doing and what had happens for this past three years.

Blur is still I am. but exchanging ideas and looking something beneath is still exciting. To care and to be care is still something i found sweet. It's just i took life as a journey that i don't know if i really can handle. I do admit I have been a failure. Anger and frustation that control me had led to doom. What's left is just puzzle which I pick up pieces by pieces.

I never stop dreaming, although, i kept on delaying in house cleaning. There are still some floors needs to be mop and boxes need to be unloaded. A new have chapter begin. I hope you have a good one. take care. Chow and good night.

Sunday, December 14, 2008

lewat malam ini

Patutnya saya tengah tidur tapi tiada selera, pesan kawan untuk beli makanan tetapi tidak tahu bila dia pulang, rasanya macam nak balik kampung tapi masa pulak belum hampir, tempoh makin suntuk, langkah tak dapat diundur, tiada romantis seperti menuju ke matahari terbenam, cuma kosong dan sayu serta kotak-kotak yang perlu dicari untuk diisi.

Malam tadi, saya berdiri atas rostrum, rasa kelakar bila mendengar suara sendiri keluar dari pembesar suara, Adakah mereka benar-benar mendengar ataupun saya tidak lebih dari pak lawak yang tegak di atas pentas. Kenapa tidak sahaja saya bersembunyi, berdiri balik tiang. Akan juga saya sembunyikan bayang agar tidak ada yang dapat lihat. Halimunan, langsung tiada siapa yang tahu.

Dalam tempoh yang terlalu singkat, saya terlalu berkejaran. Diselangi dengan waktu mayat yang menutup kerandanya sendiri. Sengaja situasi yang kompleks itu berdiri di sebalik ketenangan yang tidak menggambarkan sebarang rasa. Bila ketawa, saya hilai bersama, bila kecewa, saya mengalir air mata. Diri yang langsung tidak dapat dikenali.

Namun katakan ada bintang mencelah, sejahtera ingin saya ucapkan bagi takdir yang tetap menentukan. Saya tetap insan dahulu, terlalu banyak dosa dan terlalu kecil pahala. Cuma kini saya menunggu di bawah pohon di sebuah taman. Masa depan bukannya pasti, namun masih tetap bermimpi.

Wednesday, November 19, 2008

The Unfaithful Servant



by The Band (vocal Rick Danko)



Unfaithful Servant, I hear you leavin' soon in the mornin
What did you do to the lady, that she's gonna have to send you away

Unfaithful servant, you don't have to say you're sorry,
If you done it just for the spite, or did ya do it just for the glory

Like a stranger you turned your back
your keys and gone to pack
in mind who's to blame, and all the shame
She really cared, the time she spared and the home you shared.

Unfaithful servant, I can hear the whistle blowin,
Yes, that train is a-comin' and soon you'll be goin'.
Let us not bow our heads for we won't be complainin';
Life has been good to us all
even when that sky is rainin'.

To take it like a grain of salt is all I can do.
It's no one's fault, Makes no diff'rence if we fade away.
It's just as it was, it's much to cold for me to stay.

Goodbye to that country home,
So long to a lady I have known
Farewell to my other side,
I'd best just take it in stride.

Unfaithful Servant, you'll learn to find your place;
I can see it in your smile,
and, yes, I can see it in your face.

The mem'ries will linger on,
But the good old days, they're all gone,
Oh! Lonesome servant, can't you see,
That we're still one and the same, just you and me.


Sunday, November 16, 2008

jalan terus

Melangkah lagi. Bagaimana agaknya tempat baru, adakah berbeza warnanya dari sekarang? Orang-orangnya bagaimana pula, adakah penulis ini dialu-alukan atau sebenarnya penulis ini melakukan pembunuhan diri karier (terjemahan terus dari 'carrier suicide'). Mak tadi beritahu, tempat yang bernama Muar itu cuacanya sejuk waktu dia melawat semasa masih kecil. Masihkah suasana begitu? Atau ia sibuk dan panas dengan manusia-manusia yang saling berkejaran.

Pernah beberapa lama dahulu, aku punya sedikit pengalaman menguruskan keadaan daerah. Orang yang paling berkuasa pastinya Pegawai Daerah (DO) tapi yang paling glamournya adalah wakil rakyat. Selepas itu, pastinya ada satu tempat macam warung kopi atau gerai makan yang jadi tumpuan semua orang dari kakitangan kerajaan sampai tauke-tauke kedai dan orang-orang kampung. Masanya berlalu terlalu perlahan tapi ia tidak terlepas dari perkara-perkara pelik. Aku pernah duduk kat satu gerai kat Kota Tinggi, dengan telinga terpasang, macam-macam cerita aku dengar, entah benar atau tidak. Tapi mungkin itu juga jadinya aku, melepak di kedai kopi.

Tapi aku tak nak main dam haji, aku nak main catur, petang-petang harapnya boleh main bola padang. Tiada lagi kesesakan jalan raya. Tiada lagi maki hamun tentang manusia-manusia kota yang hidup terlalu padat dan nilai nyawa terlalu tinggi. Tapi bagaimana dengan waktu malam, aku sudahlah duduk seorang diri. Dapat dirasakan tempoh hidup seterus ini adalah yang paling sunyi hinggalah.. aku pun tidak tahu. Ironinya, aku ada baca cerpen Pak Sako tentang ada seseorang yang rasa hidupnya terlalu penat akibat kepesatan kota raya, mungkin benar katanya, ketenangan adalah kembali kepada kejujuran yang hanya ada di kampung.

Beban yang dibawa ini terasa terlalu berat, kalau hendak diikutkan, aku masih terkial-kial mencari arah tujuan sebenar. Belum hilang lagi penat, terpaksa berkelana ke tempat baru. berjumpa dengan wajah-wajah baru, menyelesaikan masalah-masalah baru. Bagaikan seorang pengembara yang masih belum jumpa lagi tanda henti, aku akan melangkah hingga aku dapat katakan, sudah cukup waktunya.

Saturday, October 25, 2008

the last waltz




Sukar nak percaya, sebenarnya aku miliki dvd konsert the band 'the last waltz'. Aku amat menghargai muzik yang mereka bawa. Setiap lagu ada ceritanya dan aku ikut terbuai atau terpesona menyanyi bersama-sama. Memang ada banyak perkara yang aku tak puas hati terhadap rakaman filem yang dibuat scorsese tu namun cerita-cerita pendek yang disampaikan semasa selingan konsert, menampakkan ketajaman skop pengarah new york, new york tu.

Hidup dalam zaman '00' ni aku rasa sedikit lemas. Kerana itu aku mencuri masa untuk mengimbau zaman lewat 60'an serta awal 70'an. Era itu adalah era hippies dan aku sedikit sebanyak terpengaruh pada slogan ' buat cinta bukan perang'. Mereka sanggup masuk hidup dalam hutan semata-mata nak cari kedamaian. Cuma akhirnya, mereka terperangkap dalam khayalan. Berkawan dengan syaitan-syaitan yang memberitahu tiada lagi harapan. Adakah itu sebenarnya apa yang berlaku, ketagihan pada dadah yang menghancurkan.

Baru-baru ini, aku ada pegi hospital sakit jiwa untuk mengamati masyarakatnya. Aneh, mereka bukan bising atau meracau sebagaimana yang seringkali digambar. Damai dan permai tapi aku tidak percaya bahagia. Aku tanya doktor kenapa keadaannya begitu. Dia beritahu 'ubat bagus'. Aku agak tergamam. Dia beritahu aku lagi, kebanyakan yang masuk adalah disebabkan penyalah gunaan dadah terlampau berlebihan. Majoritinya ganja. Terkejut aku, bukan benda tu dikira tidak teruk sebab dari tumbuh-tumbuhan, tapi itu apa yang doktor bagitau aku.

HARMONIKA pun berbunyi lagi dalam bilik ini seiring dengan kesuraman malam. Masa raya hari tu, aku menghantar kawan aku kat ada satu pasar besar di sitiawan. Ada seorang apek tua memainkan alat muzik tu dan aku pun ikut termenung. Dia sedih agaknya, aku pun tumpang layan sebentar.

Ikutkan hati, mahu jer dicapai gitar dan jam sekali ngan dia, buat best lagi ada kombo kat belakang, boleh jadi sitiawan orkestra. namun itu imaginasi. Aku bukan handal pun muzik, cuma suka menghargai. Mak aku nasihat untuk lebih banyak baca al-quran, ya, aku akan cuba juga. Alunan boleh buat diri tenang disebalik keamukan ataupun mengisi masa dalam kesesakan jalan raya.

Dalam pada itu, aku ada juga berpeluang untuk bersembang ngan gitaris grup aku. Banyak juga diceritakan, kagumnya aku pada dia adalah bagaimana dia dapat salurkan perasaannya dalam medium yang mengandungi not dan taugeh. Aku tak dapat, terlalu kaku. Mungkin kerana dia lebih jujur, aku selalu fikir begitu. Dia ada beritahu tentang hasratnya untuk mengembara. Aku tersenyum untuk melihat peta dunia yang tergantung di biliknya.

KATA-KATANYA mengingatkan yang aku juga patut lebih banyak bergaul dengan masyarakat, mungkin berbual apa yang patut. Bertanyakan khabar daripada mereka apakah hari ini, semalam, atau esok. Cari arah baru atau nafas baru. Bukan melangkah seorang diri untuk melihat apakah dvd terkini dan kemudiannya makan untuk kenyang sebentar. Besar sekali, melihat orang di dalam mata dan kenali maksud yang mungkin tidak sampai.

Tapi aku dapat bayangkan keadaan berada di sebelah orang yang tidak dikenali, kekok sangat hingga tidak tahu apa untuk dikata. Takkan aku tiba-tiba nak buka tentang ada galeri impressionist kat kl ataupun persembahan muzik di no black tie. Mungkin di kepala ini sarat kisah-kisah langit dan bumi, boleh atau tidak pandangan berkenaan bertukar dan berpusar. ataupun mari kita bercerita tentang apa yang sedang dan akan terjadi. politik??? einstein jadi saintis sebab dia sendiri pening ngan politik.

Wednesday, October 08, 2008

ramadhan dan syawal

aku mahu ingat balik apa yang ustaz ada cakap masa kat kampung;

1) Izrail sebenarnya akan menziarahi kita 40 hari sebelum kita mati. kita akan merasa seperti senak di perut rasanya, dan kejadian adalah selepas asar, ia akan diikuti tanda untuk 30 hari, seminggu, tiga hari tapi aku terlupa lak yang perkara-perkara itu.

2) taqwa adalah daripada huruf 'ta', 'qof', 'wau', dan 'alif', aku terlupa apa untuk 'qof' tapi 'ta' adalah untuk tawaduk, 'wa' adalah untuk warak manakala 'alif' untuk isitiqamah.

3) tawaduk adalah merendah diri, namun bukan sehingga hina, atau sebaliknya hingga bongkak, ia adalah garis tengah sebagaimana doa imam ghazali agaknya, 'Oh tuhan, aku tidak layak untuk syurgamu namun aku tidak sanggup menanggung azab nerakamu'. antaranya tanda tawaduk ialah orang yang suka memberi salam terlebih dahulu.

4) istiqamah ini pulak adalah keyakinan berterusan terhadap kuasa ilahi, ia bukan sebagaimana sekejap-sekejap berubah, kalau betul lar memori ini rasanya.

5)Hari raya sebenarnya bukan pada aidilfitri ataupun aidiladha, namun adalah pada setiap Jumaat dalam minggu-minggu yang kita lalui, terdapat celahan waktu yang mana doa akan naik ke langit dan malaikat mendoakan para jemaah yang datang awal, dan tidak bagi mereka yang muncul semasa khutbah sudah bermula. Disunatkan juga untuk banyak beramal.

6) Jangan suka mengeluh pada orang, sebaliknya mengadu pada Allah, dia yang Maha Mengetahui dan juga Maha Mengasihani.


Hmmm..... terlalu berkarat memori. Harap mereka yang membaca ini dapat merujuk buku agama untuk lebih kesahihannya sebab aku gagal untuk mengingati semuanya sepenuhnya. Terus terang, aku terasa begitu sayu dalam ramadhan dan syawal ini. Begitupun, langkah tetap berjalan sebab aku tidak nampak pun matahari berhenti terbit. Dapat tergambar wajah mereka yang dikasihi dan aku berdoa supaya sejahtera semua terutamanya allahyarham ayahanda tercinta, Aunal Maslih Bin Mohd. Zainal Abidin.

Tidak terlewat lagi rasanya, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Sunday, September 07, 2008

Whispering Pines



by The Band

If you find me In a gloom
Or catch me in a dream
Inside my lonely room
There is no in between

Whispering pines
Rising of the tide
If only one Star shines
That's just enough To get inside

I will wait until It all goes 'round
With you in sight
The lost are found

Foghorn Through the night
Calling out to sea
Protect my only light
'Cause she once Belonged to me

Let the waves rush in
Let the seagulls cry
For if I live again
These hopes Will never die

I can feel you Standing there
But I don't see you
Anywhere

Standing by the well
Wishing for the rains
Reaching for the clouds
For nothing else remains

Drifting in a daze
When evening will be done
Try looking through a haze
At an empty house
In the cold, cold sun

I will wait until it All goes round
With you in sight
The lost are found


Friday, August 29, 2008

bila terbang




PemERiksaAn rEAliti; bilik macam taufan, kereta pun macam taufan, poket kemarau, baju seluar masih tak berubah tapi sekurang-kurangnya aku berjaya jumpa filem arahan Wai Ka Fai ''Yi Ge Zi Tou De Dan Sheng'' punya DVD selepas 10 tahun mencari..... wohoooooo!!!!!!! dan aku jumpanya di Sitiawan.

Dulu, pada suatu ketika, aku pernah diberikan kesempatan untuk menaiki kapal terbang. Dalam perjalanan pergi, aku tidak dapat duduk di sebelah tingkap. Geram dan Kecewa rasanya. Kerana itu, bila tiba waktu pulang, aku tekad untuk mendapat peluang tersebut... dan aku berjaya. Aku pun duduk, merenung ke bumi tanpa henti. Aku tekad untuk tidak lepaskan pandangan. Aku mahu rasa bagaimana berpijak di bumi dan kemudiannya melayang di awangan. Aku biar kaki aku menjalar ke dasar dan kemudian hilang tapak berpijak itu. Bagai nak gila dibuatnya.

Memang gelisah dalam tempoh itu. Jasad ini gayat dan aku takut jika tiba-tiba jatuh. Kemungkinan buruk terlalu banyak dan aku tidak mahu bayangkannya. Aku pun memejam mata dan mengalih pandangan pada kabin kapal terbang. Aku tipu diri untuk berani. Aku pejamkan realiti supaya rasa yang sementara ini lambat-laun akan berganti. Bukan kerana takut sebenarnya, namun hantukan kesedaran itu memang mengejutkan. Bayangkan kalau kapal terbang itu takde dinding, tipularrr kalau ada orang yang masih nyenyak tidur berselimut.

Kembali kepada kehidupan terkini, aku baru sahaja selesai kerja dan masih belum mandi lagi. Rokok gudang garam masih bertimbun dan aku menghisapnya sebatang demi sebatang dengan berlatar belakangkan bilik yang serabut pecah macam haram.

Pemeriksaan jiwa ini mendapati ia antara resah atau kebas. Masih lagi di paras normal untuk bergelak ketawa namun tidak cukup tajam untuk menghiris sebarang kebenaran. Bunyi runut yang mungkin boleh memberi suasana adalah 'whispering pine' daripada 'the band' serta 'a song for you' daripada 'ray charles'. Warna cahaya masih lagi kuning terang namun sesekali ada juga 'backlight' serta mainan bayang. Tiupan angin agak sepoi-sepoi bahasa kerana ribut yang perlahan tiba telah pun meninggalkan segala sisa.

Bila mengenangkan kepahitan, jiwa ini menjadi penat, kerana perlu mengheret tubuh dari satu tempat ke tempat lain. Namun kerja aku adalah untuk memberitahu apa yang aku dengar dan lihat. Namun laman sawang ini bukannya tempat kerja, kerana itu, aku memberitahu apa yang aku rasa. dan untuk memberitahu apa yang aku rasa, adalah membiarkan sahaja jari aku menaip dan terus menaip.

-selamat malam dunia, semoga aman bahagia

Wednesday, August 27, 2008

sesekali berbual

Dan seterusnya, jalan ini bersambung. Aku sempat juga mengambil cuti. pulang ke sitiawan, jumpa balik rakan-rakan, serta tak lupa singgah ke subang dan shah alam, juga jumpa dengan rakan-rakan. Ia mungkin dipanggil rakan namun aku ibaratkan mereka saudara-mara ku sendiri, sebab aku rapat dengan mereka lebih dari sepupu aku sendiri.

Selepas ini, aku akan menghadap Johor Bahru, menemui pejabat serta kerjanya yang tak pernah habis. Aku cuba juga untuk gembira di mana aku berada. atau sebenarnya aku dah tak ambik peduli. Entah, apa yang penting, aku buat kerja aku... walau selewat mana aku tiba. Di kala kebosanan, pegi main badminton atau bola, perut ini dah mula boroi oleh kerana kemalasan yang amat sangat.

entah mengapa, aku mendapati tulisan aku semakin kaku. Ia bukan seperti aku remaja dahulu, yang mana cukup berkobar-kobar lagi penuh dengan cita-cita. Agak menyedihkan kerana aku adalah penulis yang berorientasikan fiksyen. Aku suka melangkah ke bahagian yang orang tidak berfikir atau tidak mahu berfikir. Aku meletakkan rekaan di atas kenyataan. Sekarang ini mendatarnya sahaja, mungkin dah sampai tahap pegun sifar.

Sudahlarr, dalam kerja aku tak boleh buat rekaan semata-mata, berkenaan tiada kena mengena antara hidup atau mati, kalau boleh, memang hari-hari aku buat kerja bawak pokok. Teorinya, disebabkan masalah kekakuan ini, aku mendapati tidur aku sudah meleret sampai ke tahap 12 jam satu hari. Sebelum ini, mungkin aku dapat lepaskan fiksyen aku sesuka hati, tetapi sekarang, ia terperangkap dalam aku punya minda separa sedar dan mendorong kepada mimpi mengarut yang tak nak habis.

Pahitnya, aku adalah tergolong antara manusia yang tidak mahu keluar dari mimpi. Aku jerut dunia itu, yang mana tidur berterusan macam nak mati sebab aku kadang-kadang seperti tidak mahu mengadap realiti. Aku mahu lihat alam terbentang luas dengan keberangkalian yang aku mahu, bukannya dinding-dinding tinggi yang mengepung dan menelangkupkan insan ini!

Kata-kata aku itu ibarat kanak-kanak kecil bukan. Cuma bezanya, kanak-kanak kecil belum terhantuk dengan realiti dan sucinya, mereka langsung tidak bersalah. Jerit aku sebenarnya adalah kerana kecewaan. dan sama seperti menempuh hari lain, aku mahu berubah menjadi lebih baik serta menemui jalan yang lurus.