Saturday, May 26, 2007

pecah kepala

Bagaimana hendak mula? Bagaimana pengakhirannya? Apakah yang terjadi sepanjangnya? Kesimpulannya? Tersirat dan Tersuratnya?

Soalan-soalan besar seperti itu sentiasa tersangkut dalam kepala aku. Sebagaimana sebuah rumus yang sepatutnya dapat merangkumkan persoalan dan penyelesaiannya. Bagaimanapun aku tidak fikir hidup adalah lebih perkara-perkara tersebut. Masih ada banyak lagi perkara kecil yang sebenarnya membawa kepada makna besar.

Baru-baru ini aku cuba pecahkan kepala otak aku. Masa itu aku sedang menikmati makan tengahari. Aku perhatikan pada pinggan yang berserta nasi dan lauk-pauk aku ambil. Aku kemudian mengambil masa untuk berfikir, berapa banyak tangan sebenarnya terlibat dalam menyediakan makanan aku ini.

Aku cuba senaraikannya satu per satu. Buat permulaannya kita ada tukang masak dan orang yang meletakkan nasi ini dalam pinggan. Itu sudah dua. Belum pecah kepala lagi. Mari kita pecahkan lagi. Sebagai contohnya, nasi, mesti ada penanam benih padinya, penuainya, tukang angkut beras ke kilang, tukang periksa kualiti, tukang masukkan ke dalam guni, tukang buat guni, tukang buat label, tukang hantar ke gudang, pemandu treler, pemandu lori, pemborong, kelindan, peruncit, tokey kedai dan pembantunya yang memasak nasinya. Itu dah 15 orang tapi aku rasa lebih.

Sekarang mari kita lihat pada kesemua lauk yang ada. Emm.... tak mengapalah, memang pecah kepala punya. Rangkumannya mungkin ada dekat seribu tangan rasanya. Aku katakan 1,000 tangan sebab aku sedang memperkatakan perkara ini dalam konteks produk itu mesti disentuh atau melalui seseorang. Banyak bukan. Mungkin ini dikatakan hidup dalam bermasyarakat.

Hendak tak hendak, kita saling memerlukan kerana setiap seseorang menyentuh kehidupan mereka lain. Oleh kerana itu, kita jangan memandang hina kepada penyapu-penyapu jalan misalannya. Pekerjaan yang mereka lakukan itu menyentuh hidup beratus-ratus orang yang melalui lorong yang disapu itu. Sumbangan mereka itu besar walaupun kita sering kali merasakannya kecil.

Buat ketika ini, aku sedang memikirkan bagaimana untuk memberi sumbangan yang lebih besar menerusi hidup aku. Aku sedar pekerjaan yang aku lakukan sekarang menyentuh banyak hidup orang (walaupun kebanyakan dekat luar sana tu tidak percaya apa aku tulis sebenarnya) namun aku rasa aku perlu mengejar sesuatu yang lebih besar. Aku tidak jumpa lagi hasil yang betul-betul dapat aku banggakan sampai mati. Aku tidak fikir aku akan jumpanya namun bila bercakap tentang hidup, perjalanan untuk mencapai apa yang kita mahu adalah perkara yang akan kita kenang selamanya.

Friday, May 11, 2007

Supposed To Be

by Jack Johnson



Maybe it's up with the stars
Maybe it's under the sea
Maybe it's not very far
Maybe this is how it's supposed to be
This is how it's supposed to be

Maybe it's trapped in a jar
Something we've already seen
Maybe it's nowhere at all
Maybe this is how it's supposed to be
This is how it's supposed to be

Looking forward as we rewind
Looking back is a trap sometimes
Being here is so easy to do
If you want to

*although i have the album one year before, this song touches me recently. I always forget to be in the present because of the future and the past.


Saturday, May 05, 2007

bangun dari mimpi






Kalau aku dapat mengawal diriku,
Kalau aku sentiasa dapat memberitahu jawapannya,
Kalau aku dapat meneroka dunia ini lebih daripada sepatutnya,
Kalaulah aku bangun daripada bermimpi