Thursday, July 30, 2009

hirup udara

jangan kau lupa, kekuatan itu datang dari Allah, dengan para malaikat membisikan semangat untuk terus mara ke hadapan, kesedihan yang mengusik itu tidak lebih daripada ujian, dan kau sepatutnya sedar, kelemahan itu diburukan lagi dengan godaan syaitan, dunia ini sememangnya indah, kerna walaupun jelas sekali keagungan ciptaannya, tetap tersimpan beribu rahsia

Friday, July 24, 2009

belajar untuk beramah

Suatu ketika tidak lama dahulu, aku suka mencengkam diri dengan persoalan yang aku tidak pernah berkesempatan untuk melihat siang.. sebaik tiba pulang di rumah. Kepulangan aku sentiasa lewat dengan semua burung-burung di alam ini dah lepak kat sarang masing-masing. Aku protes dalam diam namun akhirnya, tuhan mungkin dengar dan sekarang ini aku dah dapat apa yang aku nak. Cuma timbul masalah baru, Aku dari pejabat kosong, hanya untuk pulang ke rumah yang kosong. Kecamuk juga bila fikirkannya.

Mudah untuk dikatakan yang aku kini bagai tercampak di sebuah pulau tanpa hidupan. Aku bukan nak cakap yang Muar ini takde manusia cuma aku dah terbiasa 'terperangkap' dalam suatu bentuk struktur sosial. Sedikit sebanyak aku rindukan juga keriuhan pejabat atau dahulunya, sekolah dan kebosanan di muka orang yang mudah aku nak cakapkan adalah 'manusia dalam lingkungan hidupan'. kini, aku operasikan pejabat seorang diri dan tambah sayu, rumah juga sunyi sepi tanpa manusia kecuali aku.

Buat lagi payah, menjadi aku bermaksud menjadi seorang yang tidak begitu peramah. Yup, itu kebenarannya. Cuma aku ada satu kelebihan kecil, aku pandai bersembunyi dalam masyarakat disamping membuktikan aku masih hidup. Tetapi kalau khalayak itu takde, nak sembunyi apa kejadahnya, di pejabat mengadap dinding, di rumah mengadap televisyen, Kehidupan sosial, yilekkk.

Akhirnya, aku boleh dikatakan menemui ketenangan abadi, atau boleh disimpulkan juga sebagai kesunyian gila babi. Bila mengenang jiran sebelah aku, teringin juga nak redah rumah diaorang dan geledah peti sejuk yang ada tapi mereka tu bukan muhrim aku, haram hukumnya. Sesekali aku meluangkan masa memukul bulu tangkis tapi setakat itu saja sebab balik tetap makan sorang, sarapan makan sorang.. arghhhhhh, ada aku makan keyboard ni karang.

Begitupun, dalam usia yang melepasi waktu remaja, aku kini sedar betapa aku ketinggalan berbanding mereka yang meniti rumah tangga. Nak kata aku ni jenis gila kerja, terbongkang kebanyakan masa sebenarnya. Entah apalah nasib ini.

Nak katakan aku ni jenis tak pandai berkawan, buruk benor bunyinya, cuma aku dah terbiasa dengan konsep tidak mahu ganggu orang melainkan berada dalam situasi yang sama. Aku kenang kengkawan aku, cuma dalam pikiran ini, mungkin diaorang sibuk dalam urusan masing-masing atau bini dan anak masing-masing. Aku faham dan sesekali aku bertanya gak khabar mereka. Tentang perkara aku ini, entah lar, bisik hati kecil yang merungut tat kala kebosanan nak mampus kot.

Tetapi, tetapi, jangan mengeluh. mungkin ada rahmat di sebalik semua ini, misalannya aku sudah empat musim menang piala liga dalam playstation, lambakan dvd di rumah aku semakin menggalakan, sama menggalakan dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, dan berbalik kepada rahmat yang atas tadi, ketenangan gila babi. Kengkadang aku pun hairan, kenapa kita perlu hidup bermasyarakat, adakah kita benar-benar saling memerlukan? Aku penat berfikir, tak pernah fikir pun, tapi nak tak nak, ini hidup, jawapan paling mudah untuk semua masalah