MUNGKIN aku dapat berbicara jika tiada lain yang melihatnya. Besar kemungkinan ia menghala kebosanan, biarpun ia sesuatu yang aku cuba hindarkan. Kesimpulannya, tiada lagi helaian yang dapat diselak kerana halamannya kosong demi kosong.
Palitkan warna, biar ceria, aku akan ketawa sebagaimana yang lain ketawa. Namun, adakah ia sama? ataupun cerita ini akan berulang demi berulang, beza perkataan yang bertukar. Jelas sekali, pengertiannya menjadi lebih rumit. Persepsi itu tidak dapat berdiri lagi dengan sendiri, sebaliknya ukuran itu menjadi lebih tinggi demi tinggi.
Kesaksian ini adalah keceramukan sempit dalam kedinginan. Mirip lembah yang sepi, kontang terlanjang kepada angin yang menggigit. Tiada tumbuhan yang mungkin berani menjengah, kerana mereka takut. Lapangan itu terlalu luas buat keberangkalian yang bukan biasa diduga. Ia tehampar begitu sahaja, lembut dicakar sunyi.
Kisah yang disebutkan tidak patutnya mengenai serah diri. Andai dinding itu dapat dipecahkan abstraknya, mungkin ia dapat menjadi normal, sama seperti lain. Kekalutan ini pun adalah disebabkan diri ini, yang tidak tahu namun ingin tahu. Ia bukan kompleks. Masa yang sama, Ia juga bukan ringkas. Ia cuma ingin berteman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment