Saturday, October 25, 2008

the last waltz




Sukar nak percaya, sebenarnya aku miliki dvd konsert the band 'the last waltz'. Aku amat menghargai muzik yang mereka bawa. Setiap lagu ada ceritanya dan aku ikut terbuai atau terpesona menyanyi bersama-sama. Memang ada banyak perkara yang aku tak puas hati terhadap rakaman filem yang dibuat scorsese tu namun cerita-cerita pendek yang disampaikan semasa selingan konsert, menampakkan ketajaman skop pengarah new york, new york tu.

Hidup dalam zaman '00' ni aku rasa sedikit lemas. Kerana itu aku mencuri masa untuk mengimbau zaman lewat 60'an serta awal 70'an. Era itu adalah era hippies dan aku sedikit sebanyak terpengaruh pada slogan ' buat cinta bukan perang'. Mereka sanggup masuk hidup dalam hutan semata-mata nak cari kedamaian. Cuma akhirnya, mereka terperangkap dalam khayalan. Berkawan dengan syaitan-syaitan yang memberitahu tiada lagi harapan. Adakah itu sebenarnya apa yang berlaku, ketagihan pada dadah yang menghancurkan.

Baru-baru ini, aku ada pegi hospital sakit jiwa untuk mengamati masyarakatnya. Aneh, mereka bukan bising atau meracau sebagaimana yang seringkali digambar. Damai dan permai tapi aku tidak percaya bahagia. Aku tanya doktor kenapa keadaannya begitu. Dia beritahu 'ubat bagus'. Aku agak tergamam. Dia beritahu aku lagi, kebanyakan yang masuk adalah disebabkan penyalah gunaan dadah terlampau berlebihan. Majoritinya ganja. Terkejut aku, bukan benda tu dikira tidak teruk sebab dari tumbuh-tumbuhan, tapi itu apa yang doktor bagitau aku.

HARMONIKA pun berbunyi lagi dalam bilik ini seiring dengan kesuraman malam. Masa raya hari tu, aku menghantar kawan aku kat ada satu pasar besar di sitiawan. Ada seorang apek tua memainkan alat muzik tu dan aku pun ikut termenung. Dia sedih agaknya, aku pun tumpang layan sebentar.

Ikutkan hati, mahu jer dicapai gitar dan jam sekali ngan dia, buat best lagi ada kombo kat belakang, boleh jadi sitiawan orkestra. namun itu imaginasi. Aku bukan handal pun muzik, cuma suka menghargai. Mak aku nasihat untuk lebih banyak baca al-quran, ya, aku akan cuba juga. Alunan boleh buat diri tenang disebalik keamukan ataupun mengisi masa dalam kesesakan jalan raya.

Dalam pada itu, aku ada juga berpeluang untuk bersembang ngan gitaris grup aku. Banyak juga diceritakan, kagumnya aku pada dia adalah bagaimana dia dapat salurkan perasaannya dalam medium yang mengandungi not dan taugeh. Aku tak dapat, terlalu kaku. Mungkin kerana dia lebih jujur, aku selalu fikir begitu. Dia ada beritahu tentang hasratnya untuk mengembara. Aku tersenyum untuk melihat peta dunia yang tergantung di biliknya.

KATA-KATANYA mengingatkan yang aku juga patut lebih banyak bergaul dengan masyarakat, mungkin berbual apa yang patut. Bertanyakan khabar daripada mereka apakah hari ini, semalam, atau esok. Cari arah baru atau nafas baru. Bukan melangkah seorang diri untuk melihat apakah dvd terkini dan kemudiannya makan untuk kenyang sebentar. Besar sekali, melihat orang di dalam mata dan kenali maksud yang mungkin tidak sampai.

Tapi aku dapat bayangkan keadaan berada di sebelah orang yang tidak dikenali, kekok sangat hingga tidak tahu apa untuk dikata. Takkan aku tiba-tiba nak buka tentang ada galeri impressionist kat kl ataupun persembahan muzik di no black tie. Mungkin di kepala ini sarat kisah-kisah langit dan bumi, boleh atau tidak pandangan berkenaan bertukar dan berpusar. ataupun mari kita bercerita tentang apa yang sedang dan akan terjadi. politik??? einstein jadi saintis sebab dia sendiri pening ngan politik.

Wednesday, October 08, 2008

ramadhan dan syawal

aku mahu ingat balik apa yang ustaz ada cakap masa kat kampung;

1) Izrail sebenarnya akan menziarahi kita 40 hari sebelum kita mati. kita akan merasa seperti senak di perut rasanya, dan kejadian adalah selepas asar, ia akan diikuti tanda untuk 30 hari, seminggu, tiga hari tapi aku terlupa lak yang perkara-perkara itu.

2) taqwa adalah daripada huruf 'ta', 'qof', 'wau', dan 'alif', aku terlupa apa untuk 'qof' tapi 'ta' adalah untuk tawaduk, 'wa' adalah untuk warak manakala 'alif' untuk isitiqamah.

3) tawaduk adalah merendah diri, namun bukan sehingga hina, atau sebaliknya hingga bongkak, ia adalah garis tengah sebagaimana doa imam ghazali agaknya, 'Oh tuhan, aku tidak layak untuk syurgamu namun aku tidak sanggup menanggung azab nerakamu'. antaranya tanda tawaduk ialah orang yang suka memberi salam terlebih dahulu.

4) istiqamah ini pulak adalah keyakinan berterusan terhadap kuasa ilahi, ia bukan sebagaimana sekejap-sekejap berubah, kalau betul lar memori ini rasanya.

5)Hari raya sebenarnya bukan pada aidilfitri ataupun aidiladha, namun adalah pada setiap Jumaat dalam minggu-minggu yang kita lalui, terdapat celahan waktu yang mana doa akan naik ke langit dan malaikat mendoakan para jemaah yang datang awal, dan tidak bagi mereka yang muncul semasa khutbah sudah bermula. Disunatkan juga untuk banyak beramal.

6) Jangan suka mengeluh pada orang, sebaliknya mengadu pada Allah, dia yang Maha Mengetahui dan juga Maha Mengasihani.


Hmmm..... terlalu berkarat memori. Harap mereka yang membaca ini dapat merujuk buku agama untuk lebih kesahihannya sebab aku gagal untuk mengingati semuanya sepenuhnya. Terus terang, aku terasa begitu sayu dalam ramadhan dan syawal ini. Begitupun, langkah tetap berjalan sebab aku tidak nampak pun matahari berhenti terbit. Dapat tergambar wajah mereka yang dikasihi dan aku berdoa supaya sejahtera semua terutamanya allahyarham ayahanda tercinta, Aunal Maslih Bin Mohd. Zainal Abidin.

Tidak terlewat lagi rasanya, selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.