MELAINKAN dengan displin, ko tidak akan jumpa apa makna yang terbaik. Aku tahu perkara ini kerana aku buat yang sebaliknya. Katakan seorang itu hanya diberi sudu, dengan displin, dia akan dapat mengorek lubang dan seterusnya mengeluarkan diri dari penjara. Nilai seperti ini yang membezakan orang yang berjaya dan orang yang gagal. Strategi kehidupan aku selama ini adalah untuk mencari cara mana dapat terus hidup. omputeh kata 'how to survive'. Dengan kata lain, lebih banyak mengelat dari kerja atau lebih banyak alasan malas dari hujah bernas. Sedih gak mengenangkannya, tapi mungkin dengan nasib, dari satu titik demi satu titik dapat jugak aku lalui.
Masa kat sekolah dulu, aku bukannya pelajar pandai. Orang lain semua bawa buku berat-berat, aku pilih untuk membawa yang ringan-ringan. Sumbat semua pun bukan masuk. Bila masuk waktu periksa, baru nak bersengkang mata. Demi kerana short term memori loss atau kepala otak lembab nak mampus, aku berusaha hingga saat terakhir sebelum wisel penamat ditiupkan. Kalau diberikan pilihan untuk melalui kembali, adakah aku akan jadi orang berbeza?.. nah, aku terlalu malas dan tak cukup displin.
Tapi ujian untuk meranjau kehidupan adalah jauh berbeza dari zaman keremajaan. Belajar bukannya untuk periksa tapi demi hidup dari hari ke hari. Keputusan yang dibuat bukan dinilai atas kertas dengan pen merah.. tapi akan terus dinilai biarpun tubuh ini dah dalam lubang kubur. Adakah terlalu sukar untuk menjadi dewasa? menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab? dan Corak masa depan itu bagaimana rupanya?
Walau macam mana bentuk jalan yang dilalui, sekarang bukan masa untuk merungut kisah-kisah lepas. aku telah pun menempuhi fasa itu. Pengalaman tidak lebih dari nostagia yang tidak dapat diluputkan. Ia dalam diri, menjadi sebati dan aku gunakan untuk hidup dari hari ke hari. Untuk mencari pengertian yang lebih dalam, aku mungkin patut bedah al-Quran atau ambik masa membaca kata ahli-ahli falsafah serta para pujangga. Demikian rupa, baru agaknya dapat jadi seorang yang terpelajar.
Pada ketika ini, aku menghabiskan banyak masa terbongkang menonton dvd Star Trek The Original Series. Premis paling menarik dalam siri ini adalah hubungan trinity antara Kapten James T. Kirk, Spock serta Dr. Leonard McCoy. Dalam soap space drama ini, setiap kali menghadapi krisis, Spock akan beri hujah berdasarkan logik, McCoy akan menyuarakan mengikut emosi dan akhirnya, terpulang kepada Kirk untuk membuat keputusan terbaik. Bila arahan sudah dikeluarkan, ia sudah tidak boleh lagi ditarik balik. Pertimbangan apakah yang paling sempurna? pertimbangan yang mengambil kira setiap sudut perkara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment