Wednesday, April 21, 2010

selamat kembali

Aku tak tahu kenapa aku masih menaip dalam laman ini, bukan adanya orang baca, bukan adanya orang peduli. Dunia sekarang terlalu sibuk, terlalu banyak maklumat yang melintas sana sini, banyak perkara yang jauh lebih menarik atau mengujakan untuk dialami.

Tapi, nak tak nak, terasa klasik juga sebenarnya ada laman blog ni. Dia dapat kesan balik kehidupan aku kira-kira enam tahun kebelakang. Bukan ada saper peduli pun. Tapi catatan itu wujud. Dan boleh dinilai juga, pelbagai bentuk tulisan yang cuba 'dieksperimentasikan'. Kalau kita bukan dalam era digital, pemikiran sarat ini pastinya dalam 'scrap book'. sama seperti 'doodles' yang aku lukis dan masih lukis. Sedihnya, aku bukan insan yang gembira. Banyak post dalam kategori 'melancholy and infinite sadness'.

Nak kata aku teruk sangat, tidak kot, walaupun aku ada detik-detik HITAM yang aku cuba padam dalam memori kepala otak ini. Jalan hidup adalah secara terus dan sesekali boleh pandang ke belakang. Biarpun tahap kecerdasan aku terhad, aku cuba tekun membaca buku-buku seperti 7th habit of highly effective people, tipping point atau buku dari dayle carnagie. .. Ya.. aku tahu, minggu seterusnya aku akan lupa apa aku baca, tapi masa itu terisi juga, agaknya.

Di waktu menaip ini, aku dapat merasakan aura 'sarcasm' dalam diri ini. Haha. Seolah-olah ada dua individu dalam satu roh. Satu akan kata ko akan berjaya, satu lagi akan kata... haha, teruskan bermimpi. Dua mode ini agaknya yang membuat profailing individu aku agak kelam-kabut. Bagi rakan-rakan, mereka akan dapat nampak seorang 'stand up comedian' tanpa khalayak. Tapi dalam satu sudut kecil, ada satu jiwa yang dahagakan makna intelektual. Bolehkah kedua-dua persona ini wujud serentak?

Aku mahu berikan jawapan tetapi sayangnya, dan kasihnya, aku cuma nampak terowong gelap yang hanya membawa kepada 'oblivion' (ok, secara serius, aku tak tahu maksud perkataan itu secara kamus tapi rasanya ia bermakna, kekosongan hakiki, sekali lagi, agaknya) Mungkin, jika kita lakukan ' a study in scarlet'. Titik-titik kehancuran ini dapat disambung untuk dilihat daripada mana puncanya? di manakah budak periang itu telah pergi, bagaimanakah lelaki yang bertanggungjawab itu tidak hadir dan adakah dia tidak akan mati tua di rumah kebajikan masyarakat.

Aku patut pilih jalan hidup sebagai penulis fiksyen. aku sepatutnya reka cerita seperti pelarian dari planet logam, pergolakan di pulau beruk kera atau pun pengalaman berbasikal ke artik. Kegembiraan wujud dalam sisi itu. Tambah sikit nilai-nilai moral dan robekkan satu dua emosi, ia boleh jadi hidangan bacaan yang lazat. Mahukah anda membacanya? muahahahaha... (bang! terdengar satu bunyi tembakan dan sebuah kepala rebah di atas komputer, penuh dengan darah)

1 comment:

Kokorium said...

I read your blog. Why don't you read mine... http://lookholes.blogspot.com