Thursday, March 31, 2005

hirup udara baru

Yup, di sini aku kembali. Masih ada banyak kerja belum lagi diuruskan namun aku ingin meluangkan sedikit masa dalam blog aku.
Tidak banyak perkara yang berubah dalam hidupku. Rokok, bangun lewat, kerja tertangguh dan bilik berselerak masih lagi menjadi menu utama seharianku. Cuma aku kini hendak mula solat kembali. Agak indah, satu-satunya tempat yang aku dapat merasa tenang ialah ketika bersolat. Semasa itu, kita tinggalkan semua perkara yang merungsingkan, abaikan segala tekanan dan cuma menumpukan diri kepada Yang Maha Esa sahaja. Perasaan itu tidak dapat digambarkan. Seolah-olah perkara-perkara lain dalam dunia tidak ada signifikan lagi. Yang ada, cuma kita dan Allah S.W.T. yang kita hadapkan diri. Kalaulah umat Islam konsisten dalam amalan tersebut, dunia ini pastinya aman kerana kita semua pastinya tidak akan berebut-rebut pangkat, kuasa, harta dan wanita yang cuma menghiasi dunia.
Aku sedar aku banyak berdosa. Cakap sahaja, daripada dosa kecil sehingga dosa besar, kesemuanya pernah ku jamah. Keterlanjuranku dan kebodohanku sentiasa melingkari perjalanan waktu. Malah setiap hari aku merasa terbakar. Neraka itu bagi menunggu aku tiba. Aku takut, Aku benar-benar takut. untuk itu, aku cuma mampu berdoa pada Tuhan dan meminta dilindungi daripada seksaannya.
Kepada kekasih hatiku, aku mohon supaya dia gembira dan juga dirahmati tuhan. Aku tak dapat menggembirakan dia lagi. Pelbagai perkara telah terjadi dan tak mungkin permasalahan itu dapat diselesaikan jika masing-masing degil dengan arah sendiri. Hakikatnya, aku masing sayangkan dia. tapi akan dayaku melainkan masa dapat mengubahnya.
Baru sebentar tadi, aku selesai menulis sebuah ulasan tentang persembahan teater oleh budak Seni Persembahan, UiTM. Aku selama ini tidak fikir pandangan aku mempunyai signifikan, tapi kemungkinan mereka patut dengar suara aku sekali sekala. Kritikan harus jujur, dan setiap perkara yang aku tulis lahir dari hati.
Tak boleh lama sangat ini. Aku tahu aku tak dapat bersendiri, Aku tahu juga aku tak dapat berteman. Entah sampai bila masa akan menghanyutkan aku dalam gelora kita panggil kehidupan.

-habis

No comments: