Hampeh! macam mana nak letak gambar dalam blog ni....takpelar, biarkan saja. Sama juga seperti perkara-perkara lain, biarkan saja. Geran kereta, bil api, bil air, bil astro, cuci kereta, kemas rumah... biarkan saja. Biar sahaja ia tertangguh. Tunggu sekejap. Apa nak jadi dengan aku ni.
Semalam aku balik awal. Aku fikir itu sebagai ganjaran untuk diri aku sendiri. Agar aku boleh bersenang-lenang di rumah dengan menonton DVD A Better Tomorrow 1 & 2. Dah lama aku mengidam untuk menonton cerita yang penuh keganasan dan perasaan itu. Kali pertama aku menontonnya citer tersebut ialah semasa di sekolah menengah. Semenjak itu, ia menjadi sebahagian dari hidupku. Chow Yun Fatt adalah hero aku sehingga sekarang. Watak Mark dan Kent adalah cukup menarik untuk direnung dalam. Dia ada pendirian dan pada masa yang sama dia cukup setia. Sekali dia tekad, dia takkan berganjak. Dia seorang baik namun dia boleh menjadi cukup kejam. Keadaan mungkin berubah tetapi dia adalah tetap dia. Biar betapa peritnya, biar betapa deritanya, biar betapa kecewanya, dia tetap berpegang pada dirinya dan mengharungi semua.
Tapi itularrr, disebabkan aku tengok DVD sampai pukul 3 pagi, keesokannya aku bangun pukul 9 pagi dan terpaksa subuh gajah. (arghh!!! terbakar lagi) Mandi laju-laju dan pakai baju mana dan. Masa tu, bilik aku hancur dan berselerak tapi aku cuma melihatnya dan.... biarkan saja (Serius! apa nak jadi dengan aku ni)
Sejak aku sudah tidak dengan 'dia' lagi, malam, siang dan pagiku menjadi cukup sepi. Tiada lagi panggilan telefon dan aku pun tidak menelefon dia. Jadilah aku sendiri dan sehingga kini merasa sendiri. Tidak ada apa yang baik tentang aku. Kesudahannya, aku memutuskan untuk membakar masa aku dengan setiap batang rokoknya yang ada. Duduk seorang diri dan memikirkan betapa hampehnya aku telah jadi. Entah macam mana dia sekarang??? semoga gembira hendaknya.
Dalam pikiran aku sekarang ni, aku ada satu projek khas yang aku ingin jalankan. Bukan untuk sesiapa, hanya untuk diri sendiri. Aku perlu buktikan sesuatu pada diriku. Mungkin ia penat, sakit dan hampa, tapi ia adalah sesuatu yang aku perlu lakukan. Semoga berjaya diriku.
(Apapun, hujung minggu ni aku akan kemas bilik juga. Aku kena. Dah lama sangat tertangguh)
-habis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment