Monday, April 11, 2005

waktu sesat

Aku sesat. Aku benci bila aku sesat. Dan aku sesat sebanyak dua kali. Dari KL ke Sepang aku sesat. Dari Sepang ke Kl pun aku sesat. Masa tu, aku cuba cari jalan dalam. Nyatanya, cukup dalam aku telah pergi. Lebih menyedihkan, aku sesat seorang diri dan masa sesat seorang diri aku rasa cukup sunyi. Tiada siapa teman. Yang ada cuma aku sendiri. Aku cuba juga call kawan-kawan lama aku. Kawan-kawan yang masa dulu aku cukup rapat dan buat aku rasa bahagia. Namun mungkin, banyak perkara dah terjadi. Kawan-kawan aku itu tidak suka panggilan dari aku. Mereka tawar mendengar suara aku. Aku tak boleh salahkan mereka, aku yang bersalah pada mulanya. Tapi aku tahu aku tak boleh buat apa-apa. Bila memperkatakan mengenai hati orang, sekali sudah terguris, parutnya takkan hilang.

Rasa seronok kembali dapat bersama keluarga. Ada mak yang tolong kejut subuh. Kakak yang sarkastik dan sentiasa picit aku punya 'blackhead'. Abang ipar yang baik hati dan adik yang rajin. Keluarga ialah tempat kita asal. Mereka tidak akan meminggirkan walaupun betapa buruknya perangai kau. Mengingatkan perkara itu banyak menginsafkan. Aku akan sentiasa terhutang dengan keluarga aku. Mereka adalah penting untuk aku.

Projek indi film akan start balik. Perjumpaan dengan Rina dan Luqman banyak memberi inspirasi. Aku cadang ingin kumpul semua kawan-kawan lama balik. Aku pada mulanya tidak berapa menggemari cerita 'Pengalaman yang tidak dapat dilupakan' yang aku tulis beberapa tahun yang lalu. Itu percubaan pertama aku menulis. Terlalu banyak kecacatan. Walaupun watak itu sudah cukup kuat tapi ekspresasi dialog terlalu sarkastik dan lebih merupakan aku sendiri. Aku ingin melihat setiap watak hidup dengan dirinya sendiri. Bukankah itu yang merencahkan hidup ini? Pelbagai jenis manusia berada di satu tempat yang sama pada masa yang sama.

Banyak kajian aku perlu lakukan kembali. 1) Kajian mengenai orang psycho (mungkin adolf hitler orang terbaik) yang hidup dalam dunia dia tapi mempunyai logiknya sendiri. 2) Kajian mengenai cinta (romeo dan juliet???) walaupun betapa mendalamnya perasaan tetap tak boleh melawan takdir. 3) Kajian mengenai budak-budak high (aku perlukan pengalaman peribadi untuk ini) dan juga kajian tentang makna hidup dan mati (balik kepada al-quran al karim)

Hujung minggu baru-baru ini terlalu padat. Aku terfikir untuk berehat, namun lebih baik cakap buat benda yang aku minat. Buat benda yang aku rasa hidup. Aku ada banyak penyesalan tapi tak boleh terperangkap dalamnya bukan. Life goes on and on until you dead! Untuk orang-orang yang pernah aku sayang.... aku masih lagi sayang mereka. Peace and Out

-habis