Sunday, April 17, 2005

mimpi..

Aku seorang manusia ego. Kesombongan yang tersimpan dalam satu kelembutan. Aku sedar aku patut minta maaf. Namun aku membiarkan ia berlalu sehingga menjadi sebahagian daripada sejarah yang mengecewakan.

Aku lalai. Aku tak pernah bersungguh-sungguh. Kalau ada...ada, kalau tak ada, tak mengapa. Perkara ini yang kemudiannya menghancurkan aku. Aku tak sepatutnya lari tapi aku sebenarnya sentiasa melarikan diri.

Aku takut komiten. Aku takut kepada tanggungjawab. Terlalu banyak soalan bodoh yang aku sentiasa tanya. Aku lemah. Aku yang meracuni diriku sendiri.

Dalam semua itu, aku masih menyimpan harapan agar semua berubah. Aku ingin berubah menjadi lebih baik. Kehidupan yang lagi indah. Aku tak mahu terperangkap dalam kekalutan lalu. Aku tak ingin jadi tugul yang bersugul menyesali kelemahan diri.

Aku mahu menemui cinta aku kembali. Aku ingin katakan kepada dia. Yang semuanya sudah berubah menjadi lebih baik. Aku kini telah dewasa. Dan kemudian, aku mengharapkan di merangkul aku tanpa sesekali melepaskannya. Lalu, Aku memeluknya dan membisikan ke telinganya memberitahu 'saya sayang awak, wa'.

Di pagi hari, aku ingin mencium pipinya sebelum aku keluar mencari rezeki, dan di waktu malam aku akan mencium pipinya lagi, mengucapkan 'selamat tidur wahai permaisuriku.

aku akan merenung ke dalam matanya di setiap masa agar dia tahu bahawa kita berdua adalah satu. Aku faham dia dan dia faham aku.

Ini mimpi aku. ini impian yang aku akan terus simpan selama-lamanya. Semoga bertemu kelak di suatu masa dan di suatu tempat yang takkan kita jangka. Di waktu itu, aku sudah dewasa, Di waktu itu kau dapat melihat diriku sebenar, dan kita tidak terperangkap lagi dalam kenangan pahit lalu. Kita mulakan suatu yang baru. Aku dan kau dalam satu kehidupan bersama-sama.

Semoga kau bahagia dan tenang. Aku sentiasa mengenangmu. Aku tak mungkin melupakanmu.