Tuesday, August 04, 2009

menanti





Pada waktu tenang seperti ini, aku sedang bersembunyi dalam pejabat, mendengar lagu man bai berjudul 'menanti', entah buat kali ke seribu agaknya. lagunya cukup catchy, tersangat 90-an namun mungkin zaman itu tak cukup promosi, kita tidak dapat mendengarnya di radio Sinar sekarang. Selain liriknya yang simple tapi berbelit, ada satu bahagian yang menyebabkan aku terpaksa main lagu ini berulang kali. Aku rasa tak puas untuk mendengar bahagian saksofon di penghujungnya, dan walaupun lagu itu dah habis, aku dapat dengarnya di dalam kepala, dan lagu itu bersambung dan bersambung. Mungkin kena dengan judulnya, lagu ini buat membuat aku 'menanti' untuk diulangkan lagi.


Update untuk hidup; Tiada yang cukup menarik, biarpun aku berjumpa dengan tiga orang yang paling berkuasa di tanah melayu pada satu hari yang sama. (PM, TPM dan Menteri KDN). Apa bezanya, aku kenal diaorang tapi diaorang bukannya kenal aku. Oh ya, aku merancang untuk buat claim selepas habis tulis blog ni. Rancangan untuk jelajah Melaka masih belum kesampaian, aku takde geng untuk melepak sama. Memang bagus untuk buat kawan baru tapi itu bukan kepakaran aku, kepakaran aku adalah menonton televisyen...


Mengejutkan untuk mendapati sebuah kajian mencatitkan hampir 70 peratus televisyen junkie atau 'couch potato' akan mengalami depression dalam pertengahan usia mereka. Rumusan yang dibuat keberangkaliannya bertitik tolak daripada tekanan yang dialami penonton kerana terlalu asyik dengan fantasi, fiksyen atau realiti yang terlalu melampau. Aku dapat rasakan yang aku termasuk dalam statistik ini. Iyelar, apa lagi patut aku buat kat rumah, keluar memburu rusa dan memanggangnya?? ataupun menconteng dinding sebagai lakaran sejarah untuk masa hadapan?? aku pilih untuk berehat dan menonton.


Tapi ada banyak rancangan menarik sekarang di saluran percuma (aku tetap bersedih sebab 'dexter' dah habis season). Eli stone misalannya adalah replikasi ally macbeal yang menceriakan dan tak lupa rancangan cam Burn Notice, Cupid, Runaway, Martha Stewart serta Lie To Me. Okay tolak tepi Martha Stewart, itu memang penyumbang masalah depresi aku, dia punya cuban sandwich babi pun nampak sedap dan itu belum lagi dekorasi-dekorasi rumah yang buat villa aku tinggal sekarang ini rasa cukup menyedihkan.


Aku dah citer tak yang kereta aku tersangkut dalam banjir baru-baru ini.. huhu.. cukup mencemaskan. Mahunya tidak, enjin mati di tengah-tengah air setinggi lutut. Aku tak tahu macam mana aku boleh tersilap jangka, takkan nak sukat air sebelum meredah, bangang gila? tapi alhamdulillah kereta aku hidup juga setelah aku terjun dalam takungan air itu dan menolaknya kembali ke daratan. Bercerita seperti ini membuat aku rasa kereta aku itu sebuah kapal selam.


Tak lama lagi akan tiba bulan Ramadan, bulan yang aku boleh sifatkan sebagai bulan keinsafan. Banyak kenangan sebenarnya dalam bulan mulia ini, ada yang manis dan ada juga yang pahit. Terdapat dua kematian yang aku terpaksa lalui dalam bulan ini. Itu yang mungkin paling perit terpaksa dijalani tapi ada juga yang kelakar, misalannya kantoi tak puasa. Antaranya ia melibatkan bahan-bahan yang tak pernah terfikir seperti bunga kantan, ubat sakit perut dan beberapa batang alfred dunhill. Hmm.. Kenapa aku tak berterus terang jadi jahat dan makan KFC? tak tergamak rasanya. Oh yer dan solat tarawikh, amalan yang cukup mulia tapi sejak jadi journo ni, kemalasan makin melarat. Nak kata esemen malam memanjang, tidak jugak, cuma kepala ini perlu diketuk. Kalau solat tarawikh dah out, sahur lagi lar fail. Memanjang sahur pukul 11 malam jer. Silap aku barangkali, sebelum tidur tak nak buat amalan dan baca apa yang patut, terus-terus tidur berteman setan. Ini kalau Bacaria pick up mesti anggap perhubungan kelamin tapi aku ingin menegaskan ia tidak seperti itu, ia lebih kepada tidur berselimutkan kain babi sebagaimana yang diceritakan di masjid-masjid.


Hendak cerita banyak lagi namun bahagian yang mungkin paling menenangkan sekali bagi aku dalam bulan itu adalah perjalanan pulang ke kampung. Hati rasa lapang sahaja sebab ingin bertemu mereka yang tercinta dan seterusnya meraikan hari kejayaan yang sebenarnya tidak lah sangat berupa kejayaan. Insaf aku.. ish.. ish.. ish..


3 comments:

Anonymous said...

kawin jek, nanti bini blh kejutkan bangun sahur

Unknown said...

Aku boleh teman ke Melaka...

don se said...

jom!!!!