Saturday, December 25, 2004

notaboyanymore

Perkara yang paling menggembirakan buat aku pada waktu ini, ialah dapat mendengar suara athir kembali. Dia adalah kawan aku yang tak banyak berubah. Malah, kebanyakan diri aku hari ini diinspirasikan oleh dia. Minat aku terhadap britpop, adalah pengaruh dari dia. Begitu juga dengan penulisan kreatif. Rasa gembira betul dapat mendengar suara dia. Gelak ketawa dia tak ubah seperti waktu-waktu dulu. Tiga tahun lamanya kat Anderson, dan athir memang sentiasa akan lepak ngan aku pada waktu tu. Akhirnya, ada juga memori-memori indah yang timbul kembali, selepas asyik mengingat kekesalan dan kekecewaan. Aku tak nak jadi melankoli, tapi ia wujud menjadi sebahagian dari aku. Hairghhh... lepas ni kena tengok nasyid. Tak tahu apa yang dijangka. Yang aku tahu, balik kena tulis berita!!!
-habis

Thursday, December 23, 2004

soalan....

menemui....,
apa khabar? tengah buat apa? dah makan ke belum? hari ini buat apa? apa cerita? macamana life? apa buat semalam? ada jumpa siapa-siapa menarik? apa projek terbaru? dah fikirkan azam baru? family macamana? ada tak jumpa member lama? macam mana dengan dia?.....
-habis

Wednesday, December 22, 2004

lucky me

Hahahaha...
Sepatutnya macam ini ke orang bergembira. Silap. patut cakap alhamdulillah, sebab hari ini saya menang cabutan bertuah. Macam tak percaya sahaja. Selama 23 tahun aku hidup di dunia ini, dan menyertai begitu function, dari sekolah sampailah kerja, tak pernah aku menang cabutan bertuah sampailah malam ni. Seronok memang tak terkira. Ataupun aku sahaja melebih-lebihkannya.
Pagi tadi aku kena pegi function anak-anak pesakit aids, rasa sedih juga melihat diaorang. nasib baik nasib diaorang agak terbela. Mungkin rencah hidup diaorang macam, biasanya kanak-kanak pasti akan lebih tabah. Apapun, aku berharap yang dunia akan jadi lebih aman. tambah-tambah lagi untuk malam ni. Malangnya, Yap baru saja keluar sebab cover orang nak terjun bangunan.

Tuesday, December 21, 2004

where i belong

what day is today? ohh, it's tuesday,
Menjadi seorang wartawan membuatkan aku sering terlupa hari ini, hari apa. Kalau kerja biasa, aku mesti akan membenci hari isnin sebab aku tak puas lagi cuti hari sabtu dan ahad. Namun sekarang ni, hari ahad pun aku kerja. So, what the heck, everyday is the same.
Hari ni hari off aku, jadi aku pergi ke JPJ tadi untuk renew aku punya roadtax. Tapi malangnya, rupa-rupanya motor aku masih lagi dalam blacklist sebab dulu pernah kena curi. Jadi tambahlah lagi satu cerita. Aku kena pergi balai polis dulu baru aku boleh renew roadtax aku. Menyusahkan betul jadi warganegara Malaysia. Banyak betul protokol. Tak boleh ke bagi aku bawa motor tu jerr sesuka hati aku. NOPE! ko kena bayar itu, ini dan ini, itu. Tak dapat bayangkan waktu aku kena bayar income tax nanti. Mesti memeritkan.
Hidup=Bosan. Itu formula aku untuk menjalani masa-masa yang berlalu. Aku tak dapat cari excitement untuk diri sendiri. Sebab aku tak pernah puas dengan apa yang aku ada dan apa yang aku lalui. Dan aku malas dan aku penat. Aku tak pandai nak bersyukur dan aku tak pandai nak berterima kasih. Pernah tak kau terfikir kenapa kau dilahirkan di dunia ni. Aku selalu memikirkannya. Dan makin lama, aku rasa aku makin jauh dari jawapan yang aku cari. Jangan terkejut kalau aku mati bunuh diri. Tapi mungkin aku takkan melakukannya sebab kalau mati bunuh diri, aku akan masuk neraka. SEE!! aku masih lagi ada kesedaran tentang apa yang tengah buat dalam hidup ni. Mungkin denial kuat sangat kot. pernah dengar tak yang ignorance is a bliss. Well is not anymore.
Besok keja, kena tulis cerita. silap, kena tulis berita. Tak taularrr apa benda nak dibuat. Tapi hidup perlu diteruskan. Banyak bil kena bayar. Banyak orang yang kena tanggung. Tapi aku masih di sini, tak tahu apa aku nak buat dengan hidup ni yang tak tahu bila nak mati.
-habishhh

Sunday, December 19, 2004

tired of life

ini adalah satu percubaan. diulangi satu percubaan, harap dapat tunjuk ajar!!!