what day is today? ohh, it's tuesday,
Menjadi seorang wartawan membuatkan aku sering terlupa hari ini, hari apa. Kalau kerja biasa, aku mesti akan membenci hari isnin sebab aku tak puas lagi cuti hari sabtu dan ahad. Namun sekarang ni, hari ahad pun aku kerja. So, what the heck, everyday is the same.
Hari ni hari off aku, jadi aku pergi ke JPJ tadi untuk renew aku punya roadtax. Tapi malangnya, rupa-rupanya motor aku masih lagi dalam blacklist sebab dulu pernah kena curi. Jadi tambahlah lagi satu cerita. Aku kena pergi balai polis dulu baru aku boleh renew roadtax aku. Menyusahkan betul jadi warganegara Malaysia. Banyak betul protokol. Tak boleh ke bagi aku bawa motor tu jerr sesuka hati aku. NOPE! ko kena bayar itu, ini dan ini, itu. Tak dapat bayangkan waktu aku kena bayar income tax nanti. Mesti memeritkan.
Hidup=Bosan. Itu formula aku untuk menjalani masa-masa yang berlalu. Aku tak dapat cari excitement untuk diri sendiri. Sebab aku tak pernah puas dengan apa yang aku ada dan apa yang aku lalui. Dan aku malas dan aku penat. Aku tak pandai nak bersyukur dan aku tak pandai nak berterima kasih. Pernah tak kau terfikir kenapa kau dilahirkan di dunia ni. Aku selalu memikirkannya. Dan makin lama, aku rasa aku makin jauh dari jawapan yang aku cari. Jangan terkejut kalau aku mati bunuh diri. Tapi mungkin aku takkan melakukannya sebab kalau mati bunuh diri, aku akan masuk neraka. SEE!! aku masih lagi ada kesedaran tentang apa yang tengah buat dalam hidup ni. Mungkin denial kuat sangat kot. pernah dengar tak yang ignorance is a bliss. Well is not anymore.
Besok keja, kena tulis cerita. silap, kena tulis berita. Tak taularrr apa benda nak dibuat. Tapi hidup perlu diteruskan. Banyak bil kena bayar. Banyak orang yang kena tanggung. Tapi aku masih di sini, tak tahu apa aku nak buat dengan hidup ni yang tak tahu bila nak mati.
-habishhh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment