Perkara yang paling menggembirakan buat aku pada waktu ini, ialah dapat mendengar suara athir kembali. Dia adalah kawan aku yang tak banyak berubah. Malah, kebanyakan diri aku hari ini diinspirasikan oleh dia. Minat aku terhadap britpop, adalah pengaruh dari dia. Begitu juga dengan penulisan kreatif. Rasa gembira betul dapat mendengar suara dia. Gelak ketawa dia tak ubah seperti waktu-waktu dulu. Tiga tahun lamanya kat Anderson, dan athir memang sentiasa akan lepak ngan aku pada waktu tu. Akhirnya, ada juga memori-memori indah yang timbul kembali, selepas asyik mengingat kekesalan dan kekecewaan. Aku tak nak jadi melankoli, tapi ia wujud menjadi sebahagian dari aku. Hairghhh... lepas ni kena tengok nasyid. Tak tahu apa yang dijangka. Yang aku tahu, balik kena tulis berita!!!
-habis
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment