Agak sukar rasanya berada di persimpangan, aku tidak dapat memberi nasihat kepada sesiapa pun. Tidak kepada kawan-kawan aku. Tidak juga kepada keluarga aku. Memang banyak orang yang melalui relung kehidupan ini, namun aku hanya dapat melihat sahaja. Mereka membuat keputusan begitu atas apa mereka fikirkan dan siapa pula aku untuk memadai memberitahu, walhal aku sendiri tersangkut dalam pertembungan jalan ini.
Lewat kini, aku banyak mendiamkan diri. Pemikiran aku sarat dengan falsafah yang bila-bila boleh dicampakkan ke tong sampah. Aku tidak mahu terbabit dalam realiti. Ia menyakitkan lagi membosankan. Aku cuma mahu kopi dan sebatang rokok yang menyala. Biarkan aku tenggelam dalam pemikiran, sama ada ia akan terjadi atau tidak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment