Friday, November 02, 2007

bawah rembulan




Anehnya malam, kau memang tidak pernah berlengah untuk aku. Kau sentiasa laju meninggalkan diri ini terpinga-pinga. Kau menarik ke langit tinggi namun sengaja membiarkan siang tiba-tiba jatuh terhempas. Kau tahu ruang ini sempit bukan, tapi kau tidak pernah mahu membukanya. Kebisuan kau yang sering menjadi tanda tanya, akhirnya membuat aku jemu. Pernahkah kau melihat aku lena tanpa memikirkannya. Dengan silap mata, kau mungkin cuba mententeramkan semua. Kau berikan janji yang akhirnya menyaksikan aku pula mungkiri. Aku tahu kau tersenyum kecil melihat betapa bodohnya manusia ini. Sisa yang tidak pernah terkutip, yang tidak pernah terbuang. Kerana itu, aku rayu padamu malam, buaikan aku lembut. Selimuti aku dengan kasih agar aku tidak rasa hancur lagi.

No comments: