Sunday, January 20, 2008

uncomplete



Believe is what you grab into. Something you can hold on in facing phases through phases. It gives inspiration and make things move. I do believe all great people come from what they believe. Despite that, for this moment, I have nothing to believe. I don't even have an instict or a hunch to really on. I am more of blind man with a stick trying to find where is the hanging pillow. I'm not saying this like I'm becoming anarchy (I still believe in one God) or something, it's just.. I don't know who I am anymore.


Being trap in that kind of situation, you can imagine how many mistakes I have done in the present and in the past. Many of it happen without my conscious, and I have to live through it with regret. I try to put a clear mind on everything but it's not as simple as that. There's too many puzzle left unsolved and I'm stuck here, alone, wondering what is really going to happen. Is my life is just about all those abstract dream that i got? I know what I want but why can't I have it, or share with it, or live in it?


For many parts of my life, I've been suffering a disturbing feeling of not living in the present. Most of time, i keep on questioning myself 'what am I doing here'. It's like a ship without a direction. Yes, I know i'm floating in the sea but where the hell am I going. People said go to school, yes, i go to school, people said, go to work, yes, i go to work, but something deep inside me is asking 'what is trully going on'. I hate my present condition of continous sober. It's like i'm trap in glass jar. I can't be happy because I'm sad. I can't move because I can't let go. I can't live because I'm.. empty inside.


take care and good night

Friday, January 11, 2008

lampu isyarat di persimpangan



Dalam aku tengah tekanan pasal kes pembunuhan di pontian, memikirkan banjir di kampung laut, operasi minyak masak kelapa sawit di tambak johor, kerja di pejabat yang bertimbun, kerja di luar pejabat yang juga bertimbun, bilik yang belum sempat disusun, rambut belum dipotong, bapak segala boss nak turun jb, persekitaran pejabat yang terlalu berubah, persaingan yang terlalu pantas, pokok yang dah lama tak bersiram, dan persoalan untuk makan apa tengahari ini..... aku menerima satu panggilan telefon.


''encik kenal tak saya ini siapa?''

''Maaf arr, saya tak berapa cam,'' aku menjawab ringkas, sambil bingkas bangun daripada kerusi restoran mamak kerana bunyi tempat itu agak bising.

''Saya Ramlan, ingat tak, yang tahun lepas encik ada buat laporan tentang isteri saya yang bersalin sewaktu banjir di kota tinggi.. hari ini hari jadi anak saya itu, dah genap setahun,''


Aku dengan segera memusingkan otak aku untuk mengingatkan memori lalu itu. Memang betul, perkara itu berlaku dan aku telah berada di situ. Aku bertanyakan khabar dia dan anak dia. Alhamdulillah, semua sihat. Sebaik sahaja perbualan kami tamat, aku terasa terpinga-pinga. Kehadiran aku memberi kesan rupanya pada kehidupan dia.

Akhir-akhir ini, aku tertekan dengan segala beban kerja yang mula menghimpit. Memang hati ini dah kering tapi aku tetap manusia waima sekalipun. Apa aku nak perkatakan di sini adalah aku rasa bersyukur mendapat panggilan itu. Ia sesuatu yang tak pernah tak terjangka namun ia memberi ruang yang cukup untuk aku mencuri nafas lega. aku berada di hadapan lampu isyarat ini, apa agaknya warna lampu yang keluar..

Tuesday, January 08, 2008

Gold

by Interference (once soundtrack)

And I love her so
I wouldn't trade her for gold

I'm walking on moon beams
I was born with a silver spoon
And I'm gonna be free
I'm gonna be free
I'm walking on moon beams
and staring out to sea

and if a door close
then a road for home start building
and tear your curtains down
for sunlight is like gold

And you better be you
And do what you can do
When you're walking on moon beams
Staring out to sea

Cause if your skin was soil
How long do you think before they start digging
and if your life was gold
how long would you think you'd stay livin'?

Hey
And I love her so
I wouldn't trade her for gold

*sejak the Corrs tiba di persisiran malaya, aku sudah mula jatuh cinta dengan muzik irish yang agak folky. Sebetulnya, aku terserempak ngan lagu ni dalam filem 'Once'. Sebagaimana sayunya filem itu, begitu juga aku rasa dalam lagu ni. Aku tidak fikir sangat mengenai maksudnya, aku cuma mahu menangkap perasaan yang cuba digambarkannya.

Friday, January 04, 2008

balik tidur



aku tak tahu macam mana nak cakap, akhirnya 'pengembaraan' 18 hari bekerja straight tanpa cuti berakhir juga. Hmm... adakah ini pengembaraan? Rasanya macam penderitaan jer. nak tak nak, itu kerja aku dan aku memang dah nak muntah rasanya. aku tak boleh nak kata apa, ofismet aku yg lain semua pindah keluar dari jb, jadi aku yang 'tertinggal' ni terpaksa arr tanggung BANYAK kerja. hampeh betul, TAPI!! banyak yang aku dah belajar dan banyak lagi akan aku belajar.

Tentang tahun 2008, aku tak pasti lagi apa prospeknya tapi ada juga arrr perkembangan positif..... agaknya larrrr. Aku memang kena keja masa semua orang sambut new year ari tu tapi aku dapat bergembira sekejap sebab dapat tengok bunga api betul-betul atas kepala aku lagi. Balik ke rumah, aku rasa penat sangat dan terus tidur.

Itu kot rutin harian aku, keja, tidur, bangun balik, keja, tidur, bangun balik dan seterusnya. sesekali ada juga aku melepak tapi tak lebih daripada membeli dvd, tengok wayang sorang diri, pegi kedai buku atau berkurung dalam rumah. mamak restoran kat ofis aku dah siap bagi diskaun hari-hari, aku fikir dia pun tahu dapur kat rumah aku macam tak berfungsi.

Aku cuba untuk tidak memikirkan sangat masalah yang berlaku sebab aku tahu aku bermasalah. Aku juga sedar aku tak cukup cool untuk mengaburi semua orang dan aku tak cukup innocent untuk jadi jujur. Akhir-akhir ini, aku cuba sebaik-baiknya untuk jadi diri aku yang sepatutnya. dengan pi dah takde, ah teh pun dah blah, memang terasa kosong gak bila takde member yang selesa. aku cuba isi hidup ini dengan apa ada yang tanpa memikirkan pilihan-pilihan yang orang tak habis-habis perkatakan. hidup mesti terus tapi aku takkan lupa perkara yang terbaik pernah aku terima.

aku tak letak banyak sangat harapan pada tahun baru ini, aku cuma nak rasa bagaimana menjadi manusia semula. hendak diikutkan, manusia ada banyak jenis gak, ok arrr, aku nak jadi manusia yang bertanggungjawab. Senang ceritanya, sebab aku malas nak tulis panjang-panjang. aku nak buat apa yang aku fikir. dapat atau tidak lain ceritanya, aku nak buat dulu. buat masa ni, aku nak balik tidur, badan dah penat sangat dan aku rasa tulang belakang aku dah melekat kat kerusi ofis ni... dan aku serius mengenainya.


good night and take care