Dalam aku tengah tekanan pasal kes pembunuhan di pontian, memikirkan banjir di kampung laut, operasi minyak masak kelapa sawit di tambak johor, kerja di pejabat yang bertimbun, kerja di luar pejabat yang juga bertimbun, bilik yang belum sempat disusun, rambut belum dipotong, bapak segala boss nak turun jb, persekitaran pejabat yang terlalu berubah, persaingan yang terlalu pantas, pokok yang dah lama tak bersiram, dan persoalan untuk makan apa tengahari ini..... aku menerima satu panggilan telefon.
''encik kenal tak saya ini siapa?''
''Maaf arr, saya tak berapa cam,'' aku menjawab ringkas, sambil bingkas bangun daripada kerusi restoran mamak kerana bunyi tempat itu agak bising.
''Saya Ramlan, ingat tak, yang tahun lepas encik ada buat laporan tentang isteri saya yang bersalin sewaktu banjir di kota tinggi.. hari ini hari jadi anak saya itu, dah genap setahun,''
Aku dengan segera memusingkan otak aku untuk mengingatkan memori lalu itu. Memang betul, perkara itu berlaku dan aku telah berada di situ. Aku bertanyakan khabar dia dan anak dia. Alhamdulillah, semua sihat. Sebaik sahaja perbualan kami tamat, aku terasa terpinga-pinga. Kehadiran aku memberi kesan rupanya pada kehidupan dia.
Akhir-akhir ini, aku tertekan dengan segala beban kerja yang mula menghimpit. Memang hati ini dah kering tapi aku tetap manusia waima sekalipun. Apa aku nak perkatakan di sini adalah aku rasa bersyukur mendapat panggilan itu. Ia sesuatu yang tak pernah tak terjangka namun ia memberi ruang yang cukup untuk aku mencuri nafas lega. aku berada di hadapan lampu isyarat ini, apa agaknya warna lampu yang keluar..
No comments:
Post a Comment