''At 10 I shaved my head and tried to be a monk
I thought the older women would like me if i did,''
river cuomo, across the sea
aku melakukannya tapi bukan sebarang percubaan untuk menjadi pendeta. aku melakukannya kerana tiada apa untuk difikirkan. percubaan untuk pembaharuan, mengisi ruang yang terbentang. begitupun, pokok-pokok di rumah masih lagi layu. mungkin kerana aku kurang berbual dengan mereka. ada apa-apa cadangan lain?
''Did they get you to trade
Your heroes for ghosts?''
pink floyd, wish you were here
Sesekali aku tertawa disamping hiba menonton filem-filem lama. Aku tertarik dengan pendekatan Gregory Peck yang bersahaja namun mendalam. Pada waktu tertentu, aku seperti jatuh cinta dengan Audrey Hepburn yang menjemput kegembiraan, biarpun dia tahu erti sebaliknya. Paling aku tekanan sekali adalah Hitchcock yang buat Vertigo, putaran logik yang dia mainkan membuat aku tergamam. Layar perak sering merangkumkan keindahan waktu dan ia turut merakamkan kejutan. hidup begitu juga, cuma ia tak berlaku dalam durasi 120 minit.
''I read the news today oh, boy
Four thousand holes in blackburn, lancashire''
John Lennon and Paul McCartney, a day in the life
Keberangkalian utama mengapa aku jarang sangat menghubungi kampung halaman adalah kerana aku tiada banyak berita gembira. Aku tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan-soalan yang sama dan kebanyakan waktu, aku mengalihkan topik. Bagaimanapun, penampan itu tidak dapat bertahan lama kerana lambat laun, aku perlu juga menghadapi kenyataan. Betul sebagaimana dikatakan, realiti itu mengigit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment