Sunday, June 01, 2008

june is good, june is nice (hopefully)


Monyet pukul cymbal dalam otak. Gambaran menarik untuk kekosongan fikiran. Ceritanya adalah selepas kekenyangan makan nasi dengan lauk udang masak lemak cili api, ikan kering, sambal belacan, sayur kacang panjang dan cendawan disamping buah jambu air. Pulak tu, makan kat rumah, lagilarrr layan sebab makan bertambah, sampai nafsu pun mengalah.

Pagi tu, mengembara dekat pasar borong, mencari bahan. Disebabkan jam sudah pun tiga petang masa tu, apa pun tarak dapat, yang ada (lihat) cuma kucing-kucing gemuk berbaring kekenyangan. Bertuah betul mereka, malang buat kitaorang (aku dan member aku) yang tak reti bangun pagi. Akhirnya terpaksa membeli barang kat carrefour, tapi selepas itu, ada perkara yang terlepas pandang, terpaksa gak singgah kedai runcit kat rumah. Macam tv pendidikan lak rasanya, pegi menyaksikan rantaian perniagaan barang makanan ni.

Malam plak, tengok citer tahun 80'an 'Tuan Besar'. Ia membariskan Wahid Satay bersama pelakon-pelakon kenit (midget) dan tak lupa, the ever-no-nonsense, Mak Enon. Nak kata citer tu kelakar, takde lar sangat, tapi ada nostalgik feeling. Walaupun belum sempat hidup era tu, peninggalannya masih ada. Contohnya, cikgu-cikgu sekolah aku hampir semua pakai seluar kaki besar. Dalam citer juga ada tunjuk Mimaland, yang aku tak pernah pergi. Owh zaman tu juga zaman kegemilangan Benson & Hedges. Soundtrack citer tu rasanya, Ahmad Daud yang buat dan memang cool jazzy gilerrr, siap ada lagu reggae gak.

Rasanya, macam dah terangkum lak, kisah sehari cuti off aku ni. Tiada menarik, tiada membosankan gak. Sekurang-kurangnya tidak terkurung cam hari cuti lain. Kalau tiada benda nak buat sangat, mungkin aku melepak kat stall burger abang wahab. Begitupun, stok dvd pun banyak lagi, tapi aku terasa takut gak nak tengok, sebab banyak citer berat, nanti dah layan, tak boleh nak tidur pulak, kepala asyik berfikir jerrr. kejadian demi kemungkinan.

Aku ada terbaca satu tulisan, ia mengatakan tentang tiga peringkat dalam kehidupan; pertamanya, fasa memberontak, keduanya, fasa berkecuali tidak mahu terlibat ngan apa-apa dan terakhir sekali, fasa konservatif yang berat pada puak kanan. Itu cuma satu bentuk hipotesis, tapi aku nampak ia berkait sangat ngan usia kita yang berterusan tambah. Arghhhhh, malas nak fikir, selamat tidur.

No comments: