Wednesday, June 11, 2008

hingga tiba waktunya



Penyanyi tua itu mengalirkan air mata, melihatkan rakannya mengalunkan suara. Denting piano yang berbisik, meruntunkan lagi sebaknya. Ia adalah cerita sama bagi mereka yang di pengakhiran waktu. Ingatan bagi mereka yang tersayang, kisah-kisah pengembaraan usia muda, kehidupan yang tidak tahu kesudahannya. Penyanyi itu sebak, jiwanya tersentuh, perjalanan pasti mempunyai nokhtah terakhir. Dia menelan kepahitannya dan sedikit dia berasa sejuk, kerana kasih antara mereka, adalah antara terbaik dia miliki.




No comments: