Masih ingat tak waktu isi minyak cuma Rm5 jerr... tak perlu isi banyak2, kerana sudah cukup berjalan bersiar merata-rata, namun, namun, dengan harga minyak naik lagi ini, aku jadi tekanan, aku marah kerana masalah yang timbul tidak membawa penyelesaian.
Kesannya bukan sehari dua, ia berlanjutan terus, harga yang naik takkan turun, bodoh betul siapa yang tadbir negara sekarang ni, diaorang tak boleh fikir ker, tekanan yang menghimpit ini semua rasa, ingat pengemis kat tepi jalan tak terlepas ker, diaorang pun rasa gak.
Aku rasa kecil hati sangat melihat stesen minyak depan rumah aku ni sesak. Orang ramai semua panik. Mereka beratur ni, entah-entah, lepas dua jam baru dapat isi minyak. Ikut hati aku nak memekik marah. Aturan tidak patut kelam-kabut seperti ini. Masyarakat tidak wajar menjadi mangsa keadaan. Mereka yang di atas patut tahu keadaan kita di bawah ini.
Dalam keadaan gampang macam ini, aku tak sanggup lagi individualistik. Apa ingat semua kita ini bisu dan buta. kalau mereka di atas itu tak boleh berfikir, carilah orang yang boleh berfikir. Selesaikan masalah ini atau kamu diselesaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment