Monday, August 27, 2007

selepas kemusnahan

Kemas bilik akhirnya semalam. Keadaan dah sampai bersawang dengan barang-barang bergelimpangan. Sehubungan itu, hampagas diaktifkan bagi menyedut segala kotoran. Kain buruk turut diaplikasikan bagi ruang yang degil. Tenang rasanya juga bila kipas tidak lagi berabuk. Rak buku dan cd disusun tegak kembali. Sampah-sampah dimasukkan dan diikat dalam plastik. Baju seluar kotor dicampak ke dalam mesin basuh dan diputarkan. Penyangkut baju juga dikutip dan diletakkan kembali ke dalam almari kain.

Radio yang dibeli dengan gaji pertama itu menyanyikan lagu, sedikit sebanyak ia memecahkan kesunyian. Terfikir untuk berlari tetapi sudah terlalu malas. Aku membaringkan diri pada tilam yang tebal hanya seinci. Melihat siling, aku terkenang bulan dan bintang disebaliknya.

No comments: