Tuesday, September 18, 2007
rehab mata pejam
Aku mahu berlari di bawah pelangi. Kemudiannya, aku akan melompat-lompat di atas awan. Pada sang matahari, aku mencubit pipinya. Bagi sang bulan, aku akan mencium dahinya. Aku sedar badai sering kali membawaku terbang berputar-putar namun ku mohon, biarkan aku alami semua keindahan ini. Dengan deru ombak membisik pada telinga, aku rela tubuhku terbenam dalam pasiran pantai. Gantungkan sahaja aku di rimbunan pohon, asalkan kicau burung menemani. Tangan aku sudah terlalu lama ingin mengenggam dan memeluknya erat. Ribut salji mungkin telah membekukan jasad ini, namun harumnya masih dapat ku cium.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment