Aku masih ingat lagi betapa jakunnya aku semasa berbuka puasa pertama kali di sebuah hotel. Sebagaimana anak luar bandar lain yang tidak berapa mengenali kehidupan metropolitan, aku terkejut dengan apa aku jumpa. Terima kasih kepada boss aku ketika itu, aku mula kenal camaner orang bandaraya berbuka puasa secara buffet kat hotel. Pada ketika itu, perkara pertama yang aku terfikir 'banyak betul makanan!!!' Memang masa tu aku lupa dunia. Aku makan dan makan tanpa henti. Habis saja satu pinggan, aku sambung lagi dan terus makan dan makan lagi.
Sekarang ini, aku sudah bosan semua itu. Ia hanya makanan, tidak lebih dari itu. Melainkan kawan-kawan aku ajak, baru aku pergi, kalau tidak, aku lebih selesa berbuka dengan sedikit juadah di bazar ramadan yang aku tapau. kalau di pejabat, aku mungkin akan berbuka kat mamak jer. Melainkan mungkin, kerana tugasan, aku akan berbuka di hotel.
Teori aku tentang semua ini, aku sudah letih dengan syurga yang dunia cuba wujudkan. Bagi aku sama sahaja semua, asalkan perut berisi. Aku dulu pernah juga berbuka kuih jer kat tembok tepi jalan. Dan aku juga pernah buat muka tembok berbuka bubur lambok kat surau. (ahli kariah mesti pelik tengok anak sapar ni) Secara kasarnya, sama sahaja kesudahannya, perut kenyang juga. Aku tidak meminta lebih. Cukup sekadar mencukupi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment