Thursday, June 12, 2008
Wednesday, June 11, 2008
hingga tiba waktunya
Penyanyi tua itu mengalirkan air mata, melihatkan rakannya mengalunkan suara. Denting piano yang berbisik, meruntunkan lagi sebaknya. Ia adalah cerita sama bagi mereka yang di pengakhiran waktu. Ingatan bagi mereka yang tersayang, kisah-kisah pengembaraan usia muda, kehidupan yang tidak tahu kesudahannya. Penyanyi itu sebak, jiwanya tersentuh, perjalanan pasti mempunyai nokhtah terakhir. Dia menelan kepahitannya dan sedikit dia berasa sejuk, kerana kasih antara mereka, adalah antara terbaik dia miliki.
Wednesday, June 04, 2008
marah!!!
Masih ingat tak waktu isi minyak cuma Rm5 jerr... tak perlu isi banyak2, kerana sudah cukup berjalan bersiar merata-rata, namun, namun, dengan harga minyak naik lagi ini, aku jadi tekanan, aku marah kerana masalah yang timbul tidak membawa penyelesaian.
Kesannya bukan sehari dua, ia berlanjutan terus, harga yang naik takkan turun, bodoh betul siapa yang tadbir negara sekarang ni, diaorang tak boleh fikir ker, tekanan yang menghimpit ini semua rasa, ingat pengemis kat tepi jalan tak terlepas ker, diaorang pun rasa gak.
Aku rasa kecil hati sangat melihat stesen minyak depan rumah aku ni sesak. Orang ramai semua panik. Mereka beratur ni, entah-entah, lepas dua jam baru dapat isi minyak. Ikut hati aku nak memekik marah. Aturan tidak patut kelam-kabut seperti ini. Masyarakat tidak wajar menjadi mangsa keadaan. Mereka yang di atas patut tahu keadaan kita di bawah ini.
Dalam keadaan gampang macam ini, aku tak sanggup lagi individualistik. Apa ingat semua kita ini bisu dan buta. kalau mereka di atas itu tak boleh berfikir, carilah orang yang boleh berfikir. Selesaikan masalah ini atau kamu diselesaikan.

Tuesday, June 03, 2008
balik awal
Rutin harian menyaksikan aku akan tiba di rumah pada pukul 10 malam hampir setiap hari. Aku akan membuang masa tiga hingga empat jam sebelum lelap, untuk bangun melihat matahari di atas kepala.
Bukannya aku rajin sangat tapi sudah kerja seperti itu. Pulaknya jalan jam teruk dan memang makan asap, sekalipun gerak awal dari pejabat.
Begitupun, kengkadang, aku teringin untuk kehidupan balik awal. Menarik bukan, kalau dapat tiba di rumah pada waktu petang, dapat beriadah di padang, tak pun berkebun sket. huhuhu (jangan gelak)
Paling menarik sekali adalah menikmati teh panas sambil makan cekodok. Lepak depan tv tengok otoberita, waktu maghrib bergegas ke surau. Malam pulak lepak berbual sebelum lelap sambil menonton apa jua tayangan larut malam.
Sebenarnya, banyak perkara yang aku angankan tapi entahlah, nasib tidak dapat dijanjikan. Kisah ini memang bunyinya sedih namun, aku tetap rindu.
Sunday, June 01, 2008
june is good, june is nice (hopefully)
Monyet pukul cymbal dalam otak. Gambaran menarik untuk kekosongan fikiran. Ceritanya adalah selepas kekenyangan makan nasi dengan lauk udang masak lemak cili api, ikan kering, sambal belacan, sayur kacang panjang dan cendawan disamping buah jambu air. Pulak tu, makan kat rumah, lagilarrr layan sebab makan bertambah, sampai nafsu pun mengalah.
Pagi tu, mengembara dekat pasar borong, mencari bahan. Disebabkan jam sudah pun tiga petang masa tu, apa pun tarak dapat, yang ada (lihat) cuma kucing-kucing gemuk berbaring kekenyangan. Bertuah betul mereka, malang buat kitaorang (aku dan member aku) yang tak reti bangun pagi. Akhirnya terpaksa membeli barang kat carrefour, tapi selepas itu, ada perkara yang terlepas pandang, terpaksa gak singgah kedai runcit kat rumah. Macam tv pendidikan lak rasanya, pegi menyaksikan rantaian perniagaan barang makanan ni.

Malam plak, tengok citer tahun 80'an 'Tuan Besar'. Ia membariskan Wahid Satay bersama pelakon-pelakon kenit (midget) dan tak lupa, the ever-no-nonsense, Mak Enon. Nak kata citer tu kelakar, takde lar sangat, tapi ada nostalgik feeling. Walaupun belum sempat hidup era tu, peninggalannya masih ada. Contohnya, cikgu-cikgu sekolah aku hampir semua pakai seluar kaki besar. Dalam citer juga ada tunjuk Mimaland, yang aku tak pernah pergi. Owh zaman tu juga zaman kegemilangan Benson & Hedges. Soundtrack citer tu rasanya, Ahmad Daud yang buat dan memang cool jazzy gilerrr, siap ada lagu reggae gak.
Rasanya, macam dah terangkum lak, kisah sehari cuti off aku ni. Tiada menarik, tiada membosankan gak. Sekurang-kurangnya tidak terkurung cam hari cuti lain. Kalau tiada benda nak buat sangat, mungkin aku melepak kat stall burger abang wahab. Begitupun, stok dvd pun banyak lagi, tapi aku terasa takut gak nak tengok, sebab banyak citer berat, nanti dah layan, tak boleh nak tidur pulak, kepala asyik berfikir jerrr. kejadian demi kemungkinan.
Aku ada terbaca satu tulisan, ia mengatakan tentang tiga peringkat dalam kehidupan; pertamanya, fasa memberontak, keduanya, fasa berkecuali tidak mahu terlibat ngan apa-apa dan terakhir sekali, fasa konservatif yang berat pada puak kanan. Itu cuma satu bentuk hipotesis, tapi aku nampak ia berkait sangat ngan usia kita yang berterusan tambah. Arghhhhh, malas nak fikir, selamat tidur.
Subscribe to:
Posts (Atom)