Monday, March 21, 2011

sebentar sayang



Tengah hujan di luar sana. Cuaca agak sejuk. Solat Isyak belum lagi. Makan juga belum lagi. Hanya membiarkan diri ini duduk depan laptop. Sengaja hanyut di dalam internet. Sambil dibuai lagu-lagu itunes party shuffle. Tiada apa yang cukup menarik. Bagaimanapun, cukup bersyukur. Aku masih berada di sini.

Mungkin banyak waktu aku terlupa. Atau sengaja lupa. Besar sekali, aku dibalut angan-angan kosong. Bumbung yang sepatutnya teduh menjadi telangkup. Salah mata melihat. Salah jiwa meronta. Salah minda menunduk. Aku tidak mahu mengadu. Tiada siapa mendengar. Alasan adalah coretan. Hanya berserah pada Yang Maha Esa. Yang Maha Pengasihani.

Kerja seperti biasa. Tidur adalah lebih dari cukup. Makan terlalu lebih dari cukup. Bimbang juga tengok perut. Besar mana ia mungkin mengembang? Adakah sampai menutup matahari? Nafas pun tercunggap-cungap. Nyawa singkat. Nak berlari takut. Berjalan pun malas. Mengemas lagilah lemas. Sengaja biar barang-barang berselerak. Dalam mimpi ia terapung. Sama seperti urusan-urusan lain. Menunggu dipetik. Diselesaikan.

Terlalu banyak buku. Maklumat serabut. Mimpi pun kalut. Biar harapan terlepas. Dari mula lagi. Aku bukan penentunya. Sekadar tersenyum Aku bahagia. Sekarang kembali kepada satu buku. Harap aku faham. Hancur semua. Bangun semula. Sebagaimana indahnya matahari terbit. Sebagaimana sayunya matahari terbenam. Begitulah hidup ini. Cuma sebentar, sayang.

No comments: