Saturday, April 26, 2008

garis dari titik bahagian akhir

penantian itu mendebarkan, berdiri di hadapan pintu berkenaan, seringkali terlebih awal, selebihnya terlalu lewat, namun kali ini, mungkin masa berhenti seketika, loceng itu pun disentuh, berbunyi ia bergema, helai pintu itu terbuka kecil, debar ini menjadi bertambah kocak dengan sepasang mata muncul merenung, mataku mengerdipkan khabar, dia melihatnya sahaja dan menutup kembali pintu, resah, aku membelakangi, mengeluarkan sebatang rokok, debar ini perlu sembunyi di sebalik kabus, namun tidak sempat pemetik dinyalakan, pintu itu berbunyi lagi, pantas puntung dicampakkan jauh dan aku berpaling, sungguh, hadir di hadapan adalah gadis yang paling indah, paling cantik, dia melangkah kepadaku, degup jantung ini makin laju dengan dia makin hampir, begitupun harumnya begitu menenangkan dan aku tenggelam dalam cahaya matanya, perkataan tidak dapat tertera, kerana rasanya amat manis, aku menghadiahkannya sekuntum mawar berwarna jambu, comel sekali senyumannya, tabir lif itu sekian lama menanti, perlahan ia berlabuh, namun dari sudut kecil yang kian menutup, tampak tangan dua insan, saling menggenggam erat.

No comments: