Thursday, July 19, 2007

dialog lewat malam di sebuah pejabat

pi : Mil, kau tahu tak kenapa kau dijadikan dalam dunia ini
mil : Kau kena tanya tuhan
pi : Okay, kau tahu tak untuk apa kau dilahirkan di dunia ini
mil : Menangis
pi : Kau cakap kau lahir ke dunia ini untuk menangis
mil : Menangis, tidur dan hisap susu mak
pi : Aku tanya kau tak tujuan hidup kau
mil : Aku tak ingat masa bila aku mula-mula dapat berfikir tapi rasanya selepas aku dapat berjalan
pi : Macam ini, kau hidup untuk makan atau kau makan untuk hidup
mil : Ada ker orang yang hidup untuk makan
pi : Ada, tukang masak, dia hidup bekerja bagi orang makan
mil : hmmm....
pi : hmm....

Kedua-duanya diam tiba-tiba dan pi kembali duduk di mejanya.

pi : c**ai larrrr lu!!!! (dengan nada guraunya)


Aku tahu kawan aku itu tension ngan aku tapi selepas itu aku dengan tenang dapat sambung semula lakukan apa yang patut dilakukan. Sorri beb, lain kali gua layan lu betul-betul... wokeih

No comments: