Monday, July 30, 2007

ke dalam -perspektif - letakannya

Hari ini hari Isnin. Kalau dalam kehidupan normal, orang pastinya akan berkata hari ini berkait rapat dengan 'monday blues'. Satu bentuk kemalasan selepas cuti hujung minggu. Aku sedihnya, sudah lama tidak mengalami sindrom ini. Ia berlaku sejak cuti aku tidak lagi tetap kepada Sabtu dan Ahad semata-mata. Penyakit yang aku alami sekarang ini boleh menjadi kepada apa-apa hari pun. Ia boleh menjadi Rabu atau Jumaat atau mana-mana hari pun, pilih sahaja mana satu. Bagaimanapun, ia bukan satu masalah bila dalam kepala fikir tentang gaji yang masuk hujung bulan. Pemikiran positif rasanya. Adakah aku hipokrit bila memperkatakan ia patut tentang gaji? Aku rasa tidak. Jawapan kepada persoalan hidup pun sebenarnya tidak pernah dalam bentuk objektif, ia sebaliknya subjektif. Cuma dalam setiap kes, ada sahaja perkara yang kita lebih utamakan. Seperti menulis berita, perenggan pertamanya akan menceritakan perkara pokok. Namun kita tidak dapat menafikan kepentingan perenggan-perenggan seterusnya. Ia adalah sisi yang penting juga dalam penyampaian. Sebagaimana iceberg, apa yang membuat ia terapung adalah termasuk di dalam dasar. Cuma kita tidak nampaknya sahaja. Jadi, bagaimana kita tadi boleh kaitkan antara 'monday blues' dengan 'iceberg'? Selamat datang ke dalam minda aku. Muhahahahaha dan selamat tidur.

No comments: