Dari mana aku berasal? Dimanakah aku berdiri? Dimanakah aku akan pergi?
Soalan-soalan tersebut antara perkara cukup menarik untuk diamati. Ia mungkin penunjuk arah yang dapat merangkumkan kehidupan itu sendiri. Satu perkara yang aku teringin kembangkan bagi memperlihatkan di mana yang tersurat dan dimana yang tersirat.
Hidup aku sudah kembali menjadi rutin. Mungkin setelah dia sudah tiada, aku tak ada apa-apa lagi untuk dicita-citakan. Kosong tapi damai. Walaupun sekadar angin namun nyaman. Bukannya aku tak suka, lebih sesuai kalau aku cakap aku selesa. Setiap hari aku bangun dan pergi kerja. Tak lebih dari itu. Selebihnya, aku keluar dengan kawan-kawan dan aku pastikan aku gembira. Tak lebih dari itu. Kalau cuti, aku akan uruskan urusan yang tak terurus. Tak lebih dari itu. Semua orang senang hati. Dan sudah tentunya, dalam semua orang itu, ada aku dalamnya.
Aku tak suka kacau orang. Aku rasa mereka patut tahu apa yang apa benar dan apa yang tidak. Semua orang ada pertimbangan mereka sendiri. Dan rasanya mereka sedar semua itu. Cuma mereka memilih untuk tidak mendengar pertimbangan tersebut dan meneruskan apa yang mereka fikir patut. dalam konteks ini, patut tak semestinya betul. Akhirnya jadi mereka orang-orang yang dipanggil sebagai mereka yang melampui batas. Di situ aku melihatnya.
Aku tak cakap aku sempurna. Aku tak pandai untuk menyembunyikan kelemahan aku sebab ada terlalu banyak. Aku memilih untuk menjadi jujur meskipun ia agak sukar. Siapa yang tidak hipokrit? Siapa yang tidak suka kepada kemuliaan dan kemewahan? Sayangnya, aku pun orang-orang yang tewas. Setiap pagi aku akan gagal untuk bangkit subuh. Rasanya macam satu sumpahan pulak yang ada kulit babi menyelimuti aku setiap pagi. Dan juga, setiap hari aku gagal dalam ikrar untuk berhenti hisap rokok. Sebatang demi sebatang terbakar. Begitu juga rasanya sebahagian daripada paru-paru aku...... muahahahahah... koh... koh... koh....
Kena berhati-hati untuk masa hadapan. Aku tidak mahu lagi tersilap jalan lagi. Pintu kecil akan membawa ke pintu yang lebih besar. Rangkaian tak berhenti selagi aku meneruskannya. Aku tak mahu harapan tinggal harapan. Hidup menyesal di tua hari. Itu apa yang aku rasa sekarang. Aku tak nak rasa itu lagi. Harap-harap dunia ini akan lebih aman agar semua orang menjadi bahagia. Kepada mereka semua di luar dunia siber, selamat tidur.... selamat sejahtera
-Kamil Maslih