Thursday, May 26, 2005

takkan padam

Menemui blog aku. Kalau kau adalah manusia, aku pastinya akan minta maaf banyak-banyak sebab telah banyak menyusahkan kau dengan mendengar cerita-cerita aku yang menyedihkan. Bukan aku pinta ia berlaku, ia cuma berlaku, dan aku tak tahu apa patut aku lakukan.

Tapi kini aku sudah dewasa. Aku sudah faham apa itu gelanggang hidup. Satu pertarungan yang pastinya ada hari untuk menang dan hari untuk kalah. Bila melihat balik diri aku, terpendam rasa sedih pun ada. Aku bukannya bersih macam dulu. Pada badan aku, terpalit-palit dosa dunia yang akan selamanya melekat dalam diri. Dosa aku kepada tuhan. Dosa aku kepada ibubapa. Dosa aku kepada kekasih. Dosa aku pada kawan-kawan. Aku minta maaf. Aku benar-benar menyesali. Kalaulah aku seperti nama aku..... sempurna.

Tapi dalam hidup ini, aku dah mula faham sesuatu yang mengajar aku erti kedewasaan. Pelajaran tersebut ialah bagaimana menerima kegagalan! Selama ini hidup aku bukannya sebagai seorang juara yang tak pernah kalah. Aku tak terletak di situ. Aku terletak di tempat yang lebih teruk. Aku sebenarnya manusia yang tak pernah berusaha!!! ia membuatkan bila buat pertama kali aku berusaha dan menemui kegagalan, aku terus keliru dan terus buntu. Beradanya aku di situ membuat kesialan aku menjadi-jadi dengan usia aku bertambah. Aku tak dapat melihat dunia ini dengan baik. Aku terlalu banyak istirehat dan bertangguh yang aku sendiri cipta sehingga akhirnya aku terjatuh ke dalam lubang kekecewaan. Akhirnya bila aku sudah sedar, banyak perkara-perkara aku kesali. Lebih menyedihkan kebanyakannya aku tak dapat berbuat apa-apa lagi. Terus aku terhumban ke dalam lubang kekecewaan yang lebih dalam lagi. Aku mahu berhenti jatuh, tapi aku tak dapat henti jatuh. Aku sesat dalam dunia ini. Aku lupa tanggungjawab aku di mana. Siang untuk jaga. Malam untuk lena. Itu sahaja. Setiap masa aku cuba memikirkan bagaimana untuk lari dari lubang ini. Aku pikir demi pikir tapi aku tak jumpa-jumpa. Pelarian tanpa henti. Ketakutan yang tak sudah, itu apa yang aku jadi. Tapi mungkin jalan sudah terbuka kembali. Aku mula nampak ia jelas. Aku nampak sinar terang yang melimpahi.

Aku sebenarnya takut untuk menghadapi sesuatu yang buruk. Aku tak hendak berjumpa dengan kesedihan. Aku hanya tahu melarikan diri. Kini, aku tahu aku tak boleh mengangkat kaki semata-mata. Sebagaimana seorang dewasa, aku perlu menghadapi setiap perkara yang berlaku dengan hati yang tabah. Aku mula faham hakikat yang aku tak dapat lari dari kegagalan. Apa yang aku perlu lakukan ialah hadapi sahaja. Tapi hadapi sahaja tak cukup. Kerana sebagaimana ombak besar melanda pantai, aku bila-bila masa akan tertolak jatuh kembali. Aku sebenarnya perlu tahu apa yang aku hendak dalam dunia ini. Aku kena pegang pada harapan aku agar ia takkan sekali-sekali terlepas. Hanya di situ aku dapat berpaut. Api yang menyala tersebut jangan dibiarkan padam biar sedingin mana angin meniup. Aku tahu apa yang aku nak, dan aku akan berusaha mendapatkannya biarpun aku tahu takdir mungkin memungkirkan perkata tersebut.

Tapi aku tak pikirkan sangat perkara itu. Apa yang penting ialah aku lakukan tanggungjawab aku. Biarpun aku sedih, kecewa, takut, sakit, penat, parah. Hidup ini aku kena hadapi dengan tabah sebab aku tahu semua ini adalah sementara. Perencanaan tuhan kita takkan tahu, tapi itu tak bermaksud aku kena berhenti berusaha. Aku sayangkan keluargaku, aku sayangkan kekasihku, aku sayangkan sahabatku, aku sayangkan agamaku, aku sayangkan sahabat aku. Dan aku ingin beritahu yang aku takkan berhenti daripada berusaha. Dan kalau aku gagal pun, biarlah aku gagal dalam berusaha. Kerana aku tahu selagi nokhtah itu tidak jatuh, tempoh itu takkan tamat, dan aku kena terus berusaha. Sakit.... semua orang akan sakit. Tapi sebelum sakit itu kita sihat dan semasa kita sakit itu tak semestinya selamanya di situ, kita boleh sihat kembali. Dosa.... semua orang dalam dunia ini berdosa(Kecuali nabi, rasul dan manusia-manusia terpilih) tapi tak selama-lamanya bermakna kita ingin terus berdosa. Semua orang menginginkan taubat bukan. Mati... semua orang pastinya mati. Tapi bukankah kita semua nanti akan berjumpa di akhirat kelak. Sedih.... semua orang sedih. Tapi bukankah sedih itu sebahagian dari perselangan dengan gembira yang kita akan terus lalui. Tabah, itu jawapannya. Tapi bukan semua orang memilikinya. kita semua kena mencarinya. kita semua perlu memegang padanya. Hidup perlu diteruskan. Namun harapanku biarlah masa hidup itu berjalan dengan makna. Aku tak ingin 'mati' selama aku hidup. Harapan aku akan selamanya kupegang. Aku ingin semua orang aku sayang bahagia, meskipun tak mengecapinya, Biarlah harapan itu ada dan terus membara.

"YA ALLAH, TUHAN YANG MAHA ESA, MAHA KUASA LAGI MAHA ESA, TUHAN YANG MAHA MELIHAT, MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI, TUHAN YANG MAHA PENGASIH, MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI. AMPUNILAH DOSA-DOSAKU YA ALLAH, AMPUNILAH KETERLANJURANKU, AMPUNILAH KELALAIANKU, AMPUNILAH KEBODOHANKU YA ALLAH, YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA IBUBAPAKU, AMPUNILAH DOSA AZURA, AMPUNILAH DOSA SAHABAT-SAHABATKU, AMPUNILAH DOSA MUSLIMIN DAN MULIMAT, RAHMATILAH KAMI, PELIHARALAH KAMI, BERILAH KAMI PETUNJUK KEPADA JALAN YANG LURUS, YA ALLAH, KURNIAKANLAH HAMBAMU INI KEKUATAN DAN KETABAHAN UNTUK MENGHADAPI DUNIA INI, KURNIAKAN HAMBAMU INI TAUFIK DAN HIDAYAH UNTUK MENEMUI JALAN YANG LURUS, BUKAKANLAH HATI HAMBAMU INI UNTUK MENERIMA ILMU DARIMU YA ALLAH, BUKAKANLAH PINTU REZEKI KEPADA HAMBAMU INI YA ALLAH, KEPADAMULAH HAMBA MU BERSERAH, KEPADAMU HAMBAMU MEMOHON PERTOLONGAN, KEPADAMU TEMPAT HAMBAMU MEMINTA, TOLONGLAH YA ALLAH, BANTULAH HAMBAMU YANG KERDIL DAN TAK BERDAYA INI. TOLONGLAH YA ALLAH, SELAWAT DAN SALAM TERHADAP NABI MUHAMMAD S.A.W., NABI JUNJUNGAN MULIA DAN KEKASIHMU YA ALLAH, RAHMATILAH UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN INI, YA ALLAH. RAHMATILAH

No comments: