Aku merasa letih. Kalau ada katil dekat opis ni, dah lama aku terlentang dan tido. Takde banyak sebab untuk aku letih. Aku bukannya bekerja di hari bekerja ini. Aku cuma hisap rokok dan mendengar diri aku diragui, diragui, diragui, diragui, diragui, diragui, diragui, diragui, diragui, diragui dan terus diragui. Letih juga melaluinya. Sakit pun terasa juga. Andainya aku dapat buat semua ini berhenti dan hidup menjadi tenang.
Tekanan. Aku merasai tekanan. Dulu aku takut bila menghadapinya. tapi sekarang tidak lagi. Ia nak datang, datanglarr. kalau tak, aku tak apa-apa. aku hidup dengannya. Tapi kita kembali kepada keadaan diragui tadi. Sejauh mana sebenarnya aku dapat bertahan dan tahan. Selama-lamanya sebenarnya. Tapi sampai bila ia harus berterusan.
Blog, kau tahu tak apa yang aku nak dalam hidup ini? aku nak hidup ini tenang. Aku nak dia tenang! aku nak dia anggap yang dunia ialah satu kotak televisyen yang kita berdua tengah bersama-sama menontonnya. kita tak perlu nak menjadi watak-watak seperti dalam cereka itu. kita adalah kita. Itu yang saya nak beritahu dia. tapi mungkin masanya belum tiba lagi. Aku kena sabar menunggu. Meletak harapan aku di hadapan. Kalau orang lain, mungkin mereka tak tahan. Ini adalah satu keadaan yang seseorang individu tidak lagi dapat memikirkan tentang dirinya. Ini adalah tentang dia.
Jadi mengapa aku diragui. Bukan salah aku sebenarnya. Salah dunia yang meracuni kita. Salah dunia yang sentiasa yang penuh dengan tipu daya. Siapa yang jadi mangsa? aku jugak yang kena. Sebab apa, sebab aku pun hidup dalam dunia ini bersama-sama mereka yang lain. Walaupun begitu, mereka mungkin ada di sebelah aku tapi bukannya bermakna mereka adalah aku. Ini kerana, aku adalah aku. Mudah bukan jawapannya. Aku adalah aku. Aku tahu apa aku nak. Aku tahu apa yang patut dan aku tahu apa yang tidak. Tapi berapa kuatnya pegangan aku kalau aku sering diragui. Kalau sekali sekala, aku boleh menganggapnya sebagai peringatan. Tapi kalau setiap masa? Bagaimana aku nak bekerja? Bagaimana aku nak makan? Bagaimana aku nak minum? Bagaimana aku nak berkawan? Bagaimana aku nak tidur? Bagaimana aku nak berjalan? Bagaimana aku nak berdiri, kalau semuanya dikelilingi ketakutan. Yang tinggal hanya satu cahaya kecil bernama harapan. Aku sebenarnya sedang tabah menunggu masa, harapan itu menyinari hidup ini. aku sedar, aku perlu bersabar tapi Aku nak semua ini berubah!!!
Kalaulah dia percaya, kalaulah dia yakin yang ketakutan itu hanya sementara. Malah ketakutan itu tak sepatutnya wujud. Kita kena pegang apa yang yang kita percaya. Kita kena tahu kemana kita hendak pergi. Dan kita kena percaya orang yang menyayangi kita sepenuhnya kerana orang yang menyayangi kita sepenuhnya takkan sesekali berniat melukakan hati mereka yang dicintai. Aku tak minta banyak. Aku cuma minta yang dia percaya aku. Kita tak nak orang yang kita sayang merasa sakit bukan! Bagi aku, biarpun aku terpaksa menanggung sakitnya, aku terpaksa melangkah juga sebab jalan ini yang kupilih. Dan di jalan ini aku memegang erat tangannya, melangkah bersama-sama.
Lega sikit blog dapat bercakap ngan ko. Aku tak rasa letih lagi bila bercakap tentang harapan. terima kasih blog, terima kasih.
-semoga hidup ini aman agar kita boleh bahagia bersama-sama